Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri akan teruskan Empangan Trusan

Projek akan dilaksana selepas kerja-kerja pembinaan Empangan Baleh di Kapit siap, kata Abang Johari

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan negeri membuat keputusan untuk meneruskan pembinaan Empangan Trusan di Lawas bagi membekalka­n sumber tenaga elektrik dan air mentah selain mengembang­kan potensi pelanconga­n.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pembinaan empangan ini akan dipertangg­ungjawabka­n kepada Sarawak Energy Berhad ( SEB) yang merupakan penyedia kuasa tunggal kepada negeri ini.

“Pembinaan empangan ini bukan sahaja akan membekalka­n sumber tenaga elektrik kepada negeri ini tetapi juga sumber air mentah.

“Selain itu, pembinaan empangan ini juga akan memberi satu lagi manfaat kepada rakyat terutama di kawasan ini dari sudut potensi pelanconga­n kerana empangan juga adalah tarikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri SEB di sini, semalam.

Ditanya lebih lanjut mengenai empangan itu, Abang Johari yang ditemui selepas majlis itu berkata ia akan dibina selepas kerja- kerja pembinaan Empangan Baleh di Kapit siap.

Bagaimanap­un, katanya, reka bentuk awal Empangan Trusan ini akan dilakukan lebih awal dan jika tiada sebarang masalah atau kewangan mencukupi, ia boleh dilaksanak­an lebih awal.

“Buat masa ini kita akan memberi tumpuan kepada Empangan Baleh di Kapit dan selepas itu baharu kita akan teruskan dengan Empangan Trusan.

“Kos serta jumlah kuasa yang akan dijana daripada empangan ini dalam kajian dan untuk maklumat lanjut boleh dapatkan daripada SEB,” katanya. Sementara itu, Pengerusi SEB Datuk Amar Hamed Sepawi ketika ditemui selepas majlis itu berkata kajian mengenai empangan ini telah siap di- jalankan tiga hingga empat tahun lepas.

“Ketua Menteri baharu kembali dari Brunei untuk membincang­kan perkara ini dengan Sultan Brunei kerana beliau amat rapat dengan empangan.

“Jadi, kami perlu melawat semula projek ini yang mana jika dibangunka­n nanti ia mampu menjana antara 100 megawatt hingga 200 megawatt kuasa.

“Selain itu, empangan ini juga akan dapat menjimatka­n kos diesel yang menelan ratusan juta setiap tahun untuk membekalka­n tenaga di Limbang dan Lawas,” katanya menambah, SEB turut merancang untuk mengekspor­t kuasa ke luar iaitu Sabah dan Brunei.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing, Menteri Utiliti Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Sharbini Suhaili serta yang lain.

Pembinaan empangan ini bukan sahaja akan membekalka­n sumber tenaga elektrik kepada negeri ini tetapi juga sumber air mentah. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari (empat kiri) bersama isteri Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang (tiga kiri), Masing (lima kiri), Hamed (enam kiri) serta yang lain memotong kek sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri SEB di Kuching semalam.
SIMBOLIK: Abang Johari (empat kiri) bersama isteri Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang (tiga kiri), Masing (lima kiri), Hamed (enam kiri) serta yang lain memotong kek sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri SEB di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia