Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berdepan PKNS FC tanpa empat tonggak utama

-

KUCHING: Ketiadaan empat tonggak utama tidak mencetus kebimbanga­n Pemangku Ketua Jurulatih Sarawak, Pengiran Bala menjelang pertemuan menentang PKNS FC dalam saingan Liga Super 2017 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam ini.

Sebaliknya, Pengiran Bala mempunyai perancanga­n tersendiri untuk memastikan skuad Bujang Senang tidak berputih mata beraksi di laman sendiri.

Menurutnya, tiga tonggak pertahanan Demerson Bruno Costa, Ronny Harun dan Ramesh Lai tidak akan beraksi kerana dilanda kecederaan.

Manakala penyerang, Nur Shamie Iszuan Amin menyertai skuad negara menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018.

“Kita tetap ada perancanga­n sendiri dengan pemainpema­in yang sedia ada. Kita masih ada Hairol Mokhtar, Mazwandi Zakeria dan Bonai ( Rodney Celvin) di posisi pertahanan.

“Selain itu, kita juga bercadang untuk memanggil seorang atau mungkin dua pemain Piala Presiden untuk membantu skuad senior Sarawak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menjelaska­n peluang Sarawak, Pengiran Bala berkata kelebihan tetap memihak skuadnya atas faktor bermain di laman sendiri mendapat sokongan padu penyokong setia.

Menurutnya, skuad Ngap Sayot akan turun berdepan PKNS FC bersenjata­kan se- mangat ‘Sarawakian’ seperti ditampilka­n semasa perlawanan menentang Terengganu tempoh hari memastikan berjaya mengutip tiga mata penuh.

“Justeru, jentera bahagian serangan diharap lebih agresif dan kreatif dalam merangka peluang untuk menjaringk­an gol,” katanya.

Pengiran Bala berkata, tiga serangkai import Mateo Roskam, Milos Raickovic dan Sahil Suhaimi dapat diturunkan malam ini untuk membantu melengkapk­an misi kemenangan pertama di laman sendiri.

Sarawak perlu menang malam ini untuk menjarakka­n mereka daripada zon penyingkir­an dalam saingan Liga Super musim ini.

 ??  ?? KAMALUDDIN
KAMALUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia