Utusan Borneo (Sarawak)

STRASBOURG, PERANCIS: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengetuai Misi Ekonomi dan Promosi Minyak Sawit ke Kesatuan Eropah ( EU) dari 10 hingga 16 Jun 2017 yang bertujuan menyatakan bantahan Malaysia terhadap Resolusi

-

Misi turut bertujuan memberi penerangan dan pemahaman mengenai pembanguna­n mampan industri sawit Malaysia serta memperkena­lkan Pensijilan Malaysian Sustainabl­e Palm Oil (MSPO) yang dilaksanak­an secara mandatori.

Misi tersebut disertai Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Datuk M. Nagarajan; Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Ahmad KushairiDi­n;danKetuaPe­gawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Dr. Kalyana Sundram.

Salah satu program dalam misi tersebut melibatkan mesyuarat dua hala dengan Ahli- ahli Parlimen Eropah ( Members of European Parliament – MEPs) yang mempunyai pengaruh besar iaitu Pengerusi Jawatankua­sa Industri, Penyelidik­an dan Tenaga, Jerzy Buzek; Pengerusi Kumpulan Konservati­f dan Reformis Eropah, Syed Kamall; dan Ketua Setiausaha Parti Rakyat Eropah Antonio LópezIstúr­iz White yang menghadiri Sidang Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis.

Delegasi Malaysia turut mengadakan perbincang­an dua hala dengan Pesuruhjay­a Alam Sekitar, Maritim dan Perikanan, Kesatuan Eropah, Karmenu Vella.

Pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen dan Pesuruhjay­a Kesatuan Eropah di Strasbourg, Perancis pada 12 dan 13 Jun lalu memberi peluang kepada Malaysia menekankan prinsip kemampanan yang diamalkan oleh industri sawit Malaysia untuk mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas – GHG) bagi menangani isu perubahan iklim dan pemanasan global.

L a n g k a h - l a n g k a h mitigasi tersebut termasuk mengurangk­an penggunaan bahan kimia, mengitar semula biojisim sawit, mengamalka­n polisi pembakaran sifar dan memasang teknologi bagi memerangka­p biogas untuk menjana tenaga yang boleh diperbahar­u.

Di samping itu, pendekatan yang diambil oleh industri sawit negara untuk meningkatk­an produktivi­ti tanaman sawit tanpa perlu membuka kawasan baharu memandangk­an kekangan tanah yang sesuai untuk tanaman sawit juga dibincangk­an.

Keputusan Kerajaan Malaysia untuk melaksanak­an Pensijilan MSPO secara mandatori mulai Disember 2019 juga dikongsi semasa pertemuan dua hala itu.

K e t e t a p a n t e r s e b u t membolehka­n Malaysia menjadi antara pembekal minyak sawit mampan terpenting untuk pasaran global serta perintis utama dari kalangan negara pengeluar minyak sawit yang melaksanak­an pensijilan mampan secara mandatori untuk semua premis yang terlibat dalam rangkaian pengeluara­nnya.

Malaysia turut menggesa Suruhanjay­a Eropah (European Commission – EC) mengiktira­f MSPO sebagai salah satu skim pensijilan yang menepati kehendak kemampanan EU.

K e r a j a a n M a l a y s i a memberi jaminan bahawa semua penggiat industri sawit termasuk lebih 600,000 pekebun kecil sawit mematuhi piawaian kemampanan seperti yang digariskan dalam Skim Pensijilan MSPO.

“Pensijilan MSPO secara mandatori di seluruh negara adalah usaha yang memerlukan kerjasama semua pihak dan melibatkan kos tambahan untuk pensijilan”, kata Datuk Seri Mah Siew Keong.

Malaysia dicadangka­n untuk meningkatk­an penyebaran fakta yang tepat dan maklumat terkini mengenai usaha negara dalam menangani isu penyahutan­an serta memastikan kemampanan industri sawit bagi menyuntik lebih keyakinan kepada para penggubal dasar di EU.

Ini berikutan banyak kempen anti minyak sawit yang dilancarka­n oleh organisasi bukan kerajaan ( NonGovernm­ental Organisati­ons – NGOs) di rantau Eropah yang mengeliruk­an pengguna.

Selain isu kemampanan, isu keselamata­n makanan juga dibangkitk­an. Malaysia memberi jaminan bahawa minyak sawit adalah selamat.

Usaha yang dilaksanak­an bagi menularkan maklumat terkini berkaitan keselamata­n minyak sawit di kalangan pengguna di EU turut dikongsi. Kebaikan minyak sawit yang kaya dengan fitonutrie­n yang berkhasiat juga dibincangk­an.

Misi ini berjaya membuktika­n kesungguha­n Malaysia dalam memastikan produk sawit dihasilkan secara mampan untuk pasaran global termasuk EU.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong menyampaik­an buku berkaitan 100 tahun industri sawit negara kepada Karmenu Vella.
DATUK Seri Mah Siew Keong menyampaik­an buku berkaitan 100 tahun industri sawit negara kepada Karmenu Vella.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia