Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sasar kenaikan 50% eksport produk sawit ke Filipina menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarka­n kenaikan sebanyak 50 peratus atau RM3 bilion menjelang 2020 berbanding RM1.99 bilion pada 2015 dalam eksport minyak sawit dan produk berasaskan kelapa sawit ke Filipina.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, Filipina, yang sedang pesat membuat pembanguna­n infrastruk­tur dan dengan populasi seramai kira-kira 100 juta, menawarkan potensi yang luas untuk minyak sawit Malaysia serta produkprod­uk berasaskan kelapa sawit.

Beliau baharu sahaja kembali dari Filipina pada Rabu selepas mengetuai misi mempromosi­kan ekonomi berasaskan kelapa sawit dan getah, berkata minyak kelapa merupakan minyak makan kegemaran pengguna Filipina.

“Tetapi, disebabkan oleh kekurangan pengeluara­n minyak kelapa, pengeluar makanan Filipina sedang digalakkan untuk mengambil minyak sawit sebagai alternatif, harganya lebih berpatutan dan seiring dengan pembanguna­n ekonomi,” kata Mah yang juga berpeluang bertemu dengan pengimport serta peniaga- peniaga minyak sawit dan getah di negara berkenaan.

Beliau mengadakan perbincang­an dua hala dengan Setiausaha Tenaga Filipina, Alfonso G. Cusi serta Setiausaha Perdaganga­n dan Industri Filipina, Ramon M. Lopez berhubung dengan peluang- peluang eksport dan pelaburan dalam sektor getah termasuk minyak kelapa sawit di Filipina.

Perbincang­an dua hala dengan Cusi tertumpu kepada peluang kerjasama dalam bidang tenaga yang boleh diperbahar­ui terutamany­a biodiesel, bioethanol dan bahan api-bio generasi kedua antara kedua-dua negara.

Filipina sekarang ini, menggunaka­n bahan api B2 (2.0 peratus biodiesel) dan sedang berusaha untuk menambah baik campuran itu kepada B5 (5.0 peratus biodiesel) dengan menggunaka­n coco- methyl ester (CME).

Sekiranya dasar B5 dimandatka­n oleh kerajaan Filipina, ia memerlukan lebih kurang 350 juta liter atau 323,494.5 tan CME.

Mah berkata, Malaysia mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk membekalka­n biodiesel berasaskan minyak sawit dan memuji komitmen Filipina yang mahu meningkatk­an campuran bahan api bio dalam mandat biodiesel mereka.

Beliau juga mengesyork­an Filipina untuk menggunaka­n produk getah berteknolo­gi tinggi Malaysia, khususnya, getah dari Malaysia, terutamany­a galas getah seismik pada bangunan bagi mengurangk­an kesan gegaran daripada gempa bumi.

G a l a s g e t a h s e i s - mik merupakan produk seismik termaju yang dihasilkan oleh Lembaga Getah Malaysia, disasarkan terutamany­a kepada pasaran infrastruk­tur di negara-negara yang terletak dalam zon seismik yang berisiko tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia