Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas Lubricants labur dalam pemasaran, infrastruk­tur kembangkan perniagaan global

-

BANGKOK: Petronas Lubricants Internatio­nal (PLI), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd ( Petronas) akan terus membuat pelaburan secara ketara dalam pemasaran dan infrastruk­tur seiring usahanya mengembang­kan perniagaan di peringkat global.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan, Giuseppe Pedretti berkata, PLI sebagai antara 10 syarikat minyak pelincir utama dunia, akan meneruskan strategi pelaburan untuk tujuan tersebut.

“PLI akan melabur secara ketara dalam pemasaran dan infrastruk­tur memandangk­an kami mahu memperluas­kan edaran dunia bagi produk kami,” katanya kepada pemberita semasa pengenalan produk terkini PLI, Petronas Syntium Diesel dengan Cooltech di sini, kelmarin.

Beliau berkata, PLI baharu sahaja membuka kilang baharunya di Shandong, China dan akan membuka sebuah lagi kilang di pasaran utama lain, iaitu India, tahun depan.

Menurut Pedretti, kemudahan penyelidik­an dan pembanguna­n baharu PLI di Turin, Itali akan memulakan operasi pada Mac 2018, untuk menghasilk­an lebih banyak produk yang berteknolo­gi tinggi untuk pasaran global.

Petronas Syntium kini menjadi antara jenama minyak pelincir dipercayai pemandu di seluruh dunia dan dijual di 80 pasaran.

“Petronas Syntium Diesel dengan CoolTech dicipta khusus dengan rantaian minyak kukuh untuk menyerap dan memindahka­n haba berlebihan secara berkesan dari bahagian kritikal enjin.

“Apabila punca haba yang merosakkan enjin dapat ditangani, pemandu dijamin akan menikmati prestasi pemanduan optimum,” katanya.

Sementara itu, Ketua Rantau Asia PLI, Khalid Latiff berkata, syarikat itu menjadikan Asia Pasifik sebagai pasaran utama dan merangka pelan pertumbuha­n menyelu- ruh untuk wilayah itu.

“Terdapat banyak pertumbuha­n di rantau ini,” katanya, dengan menambah syarikat berusaha untuk mendapatka­n lebih banyak pasaran di Asia Pasifik melalui produk yang dipacu secara teknologi.

Minyak pelincir Petronas Syntium Diesel dengan CoolTech, jenama pelincir Minyak Motor Kenderaan Penumpang (PCMO) utama, dihasilkan secara khusus untuk enjin edaran semula gas ekzos (EGR) dan rel sepunya.

Ia direka menggunaka­n kepakaran kejurutera­an bagi menentang haba enjin berlebihan bertujuan mengekalka­n prestasi enjin optimum untuk pemanduan tanpa masalah.

H a b a e n j i n b e r l e b i - han merupakan masalah lazim yang sering dipandang ringan oleh pemandu.

Bagi pasaran Thailand, Petronas Syntium Diesel dengan CoolTech akan dijual di seluruh negara mulai Ogos ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia