Utusan Borneo (Sarawak)

Pecah masuk, pengarah eksekutif rugi RM70,000

-

KUCHING: Seorang pengarah eksekutif sebuah syarikat di sini mengalami kerugian kira- kira RM70,000 selepas kediamanny­a dipecah masuk, awal pagi semalam.

Mangsa, Chai, 52, berkata, ketika kejadian kirakira jam 3.40 pagi itu, dia sedang tidur berseorang­an di bilik tidur utama di tingkat atas sebelum menyedari rumahnya di Kota Sentosa, dekat sini dipecah masuk tiga individu bersenjata­kan pisau.

“Saya juga telah diikat oleh suspek- suspek ini, sebelum mereka bertindak menggeleda­h rumah saya untuk mencari barangan peribadi dan juga pergi dengan melarikan kenderaan milik saya,” katanya.

Jelas Chai, meneliti perbualan sesama suspek dan loghat yang digunakan, dia mengesyaki kesemua suspek merupakan warganegar­a Indonesia.

Antara barangan yang dilarikan termasuk sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam, wang tunai berjumlah RM2,500 serta empat utas jam tangan pelbagai jenama.

Menurutnya lagi, suspek dipercayai masuk ke dalam rumahnya melalui tingkap belakang yang telah diumpil dengan menggunaka­n pemotong besi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Polis masih menjalanka­n siasatan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia