Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Dayak digalak terlibat aktiviti kebudayaan dan kesenian

-

MIRI: Masyarakat Dayak khususnya golongan muda digalak melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian kaum etnik tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi berkata ia bukan sahaja mengukuhka­n warisan kebudayaan Dayak malah memelihara identiti unik tersebut.

“Penglibata­n itu sekali gus dapat menghindar­kan generasi muda daripada terlibat dengan aktiviti atau gejala tidak sihat,” katanya pada Majlis Malam Kebudayaan dan Penyampaia­n Sijil Tamat Kelas Ngajat, Beranyam dan Betaboh anjuran Persatuan Dayak Miri (DAM) di sini, kelmarin.

Majang mewakili Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing turut mengingatk­an generasi muda lebih memahami betapa pentingnya perpaduan sesuatu bangsa itu sendiri.

Katanya, pengetahua­n secukupnya berhubung sejarah dan asal usul, adat resam serta kebudayaan dalam masyarakat Dayak perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

“Menerusi majlis ini, saya mahu mereka menggunaka­n ruang dan peluang tersebut sebaik mungkin berinterak­si dan bergaul mesra bersama bagi mengeratka­n semangat persaudara­an, perpaduan dan keharmonia­n.

“Sentiasa kekalkan hubungan baik dan amalan perpaduan kukuh yang disemai selama ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha DAM menganjurk­an pelbagai aktiviti mampu menyemarak­kan minat budaya kaum Dayak seperti ngajat dan ‘betaboh.’

Katanya, budaya dan adat resam adalah antara ciri kekuatan bukan sahaja masyarakat Dayak malah semua kaum di negeri ini.

“Elemen- elemen inilah menjadikan rakyat dan setiap bangsa dapat bersatu serta saling hormat-menghormat­i sesama sendiri,” katanya.

Majang turut melancarka­n visi dan misi DAM serta menyampaik­an sijil kepada lebih 50 orang tamat kelas beranyam, ngajat dan bertaboh yang dianjurkan oleh DAM pada Februari hingga April lalu.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumka­n peruntukan bernilai RM20,000 masing-masing RM10,000 daripada Dr Masing manakala RM10,000 daripada beliau untuk aktiviti DAM.

Terdahulu, Presiden DAM Serawa Budol memberitah­u objektif utama persatuan itu adalah mempromosi­kan sosial, pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan minat terhadap sukan kepada ahliahliny­a.

“DAM menyasarka­n persatuan itu menjadi ejen transforma­si masyarakat. Berfungsi sebagai landasan bersama mencapai kejayaan dalam mencapai visi dan misi negara menjelang 2020,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Penganjur Jacqueline Selaka, Timbalan Residen Bahagian Miri Nyurak Keti, Temenggung Wilson Atong Limping serta tetamu lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Majang menyampaik­an sijil tamat kelas ngajat kepada salah seorang peserta sambil disaksikan oleh Serawa (kiri) serta yang lain.
TAHNIAH: Majang menyampaik­an sijil tamat kelas ngajat kepada salah seorang peserta sambil disaksikan oleh Serawa (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia