Utusan Borneo (Sarawak)

Program Bicara Persaraan Bersama KWSP dapat sambutan menggalakk­an

-

KUCHING: Program Bicara Persaraan Bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Pusat Beli-Belah The Spring di sini semalam mendapat sambutan memberangs­angkan daripada pengunjung terutama ahli-ahli KWSP.

Malah, rata-rata dari kalangan mereka yang hadir pada program semalam mahu KWSP meneruskan serta memperheba­tkan lagi program itu dengan turun padang mendekati ahli-ahli termasuk di luar bandar.

Salah seorang pencarum yang ditemui semalam, Othman Mopeng, 58, berkata program KWSP itu amat bermanfaat bukan sahaja kepada ahli-ahli, tetapi juga mereka yang bukan ahli.

“Banyak maklumat penting mengenai perancanga­n persaraan yang disediakan oleh KWSP yang tidak diketahui oleh kita sebagai ahli termasuk saya sendiri.

“Sebagai contohnya, kita sebenarnya tidak perlu membuat pengeluara­n sekali gus apabila sudah mencapai usia 55 tahun dan masih boleh mencarum sehingga usia 75 tahun meskipun selepas persaraan wajib.

“Ramai dalam kalangan kita yang mungkin tidak mengetahui tentang maklumat seperti ini dan saya berterima kasih kepada KWSP yang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli yang ditemui pada program itu semalam dan hanya ingin dikenali sebagai Napisah turut memuji usaha KWSP yang telah mengadakan program itu meskipun hanya selama dua hari.

“Bagi saya, program ini amat bagus untuk kita semua dan kalau boleh kita mahu KWSP memperheba­tkan lagi program ini dengan turun padang mendekati ahli-ahlinya untuk memaklumka­n mengenai perkhidmat­an yang mereka sediakan.

“Contohnya hari ini (semalam), tidak semua ahli-ahli dapat datang ke program ini dan kita berharap program ini akan diteruskan lagi pada lain-lain masa ke lain-lain tempat yang mudah didatangi oleh kita,” katanya.

Dalam pada itu, selain ceramah mengenai perancanga­n persaraan serta khidmat yang disediakan, KWSP turut menyediaka­n kaunter bagi pendaftara­n i-Akaun, semakan baki simpanan, Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) serta kaunter Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Mereka yang terlepas daripada menghadiri program semalam masih berpeluang untuk mendapatka­n khidmat nasihat daripada KWSP pada hari ini di tempat yang sama.

Program hari ini akan bermula pada jam 10 pagi dengan tiga ceramah akan diadakan mengenai RAS, Pengeluara­n KWSP Secara Atas Talian dan Pengurusan Kredit oleh AKPK.

 ??  ?? SEDIA MAMBANTU: Kakitangan KWSP membantu pengunjung terutama ahli-ahli KWSP membuat pendaftara­n bag i-Akaun dan juga semakan baki simpanan. PENERANGAN: Pegawai dari AKPK memberi penerangan kepada pengunjung mengenai khidmat yang disediakan oleh agensi...
SEDIA MAMBANTU: Kakitangan KWSP membantu pengunjung terutama ahli-ahli KWSP membuat pendaftara­n bag i-Akaun dan juga semakan baki simpanan. PENERANGAN: Pegawai dari AKPK memberi penerangan kepada pengunjung mengenai khidmat yang disediakan oleh agensi...
 ??  ??
 ??  ?? DAPATKAN MAKLUMAT: Othman (kiri) antara pengunjung yang terawal mendapatka­n perkhidmat­an yang disediakan oleh KWSP pada Program Bicara Persaraan Bersama KWSP di The Spring, semalam.
DAPATKAN MAKLUMAT: Othman (kiri) antara pengunjung yang terawal mendapatka­n perkhidmat­an yang disediakan oleh KWSP pada Program Bicara Persaraan Bersama KWSP di The Spring, semalam.
 ??  ?? BERMANFAAT: Pegawai dari KWSP memberi penerangan mengenai khidmat yang disediakan oleh KWSP dalam membantu pencarumny­a merancang perbelanja­an persaraan yang terjamin.
BERMANFAAT: Pegawai dari KWSP memberi penerangan mengenai khidmat yang disediakan oleh KWSP dalam membantu pencarumny­a merancang perbelanja­an persaraan yang terjamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia