Utusan Borneo (Sarawak)

20 peserta mulakan cabaran penerokaan tanah tinggi HoB

-

KUCHING: Seramai 20 peserta telah memulakan cabaran jelajah tanah tinggi dalam Heart of Borneo (HoB) Highlands Eco Challenge 2 yang bermula 20 hingga 29 Julai ini.

Perjalanan pertama bermula di kawasan tanah tinggi Long Pa ‘Sia yang memulakan penerokaan jalan kaki kaki di Long Pa ‘Sia, Sabah ke Long Semadoh dan sebahagian­nya sebelum menerus perjalanan ke Ba’ Kelalan dan Bario di Sarawak termasuk Long Bawan di Kalimantan Utara.

Peserta dipercayai melalui liku perjalanan mencabar dengan keadaan cuaca sejuk, namun pemandanga­n pergununga­n indah itu pasti menggamit hati peserta.

Peserta juga bakal berjalan melepasi tapak sejarah penduduk tinggal dataran tinggi Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara serta sawah padi subur, lokasi asal beras Adan dan beras Bario yang popular.

Laluan tersebut dipercayai pernah diguna sebagai laluan migrasi sejak ribuan tahun lampau ketika penduduk mendiami kawasan dataran tinggi. Acara ini dianjurkan Forum Masyarakat Adat Dataran Tinggi (FORMADAT), sebuah inisiatif rentas sempadan, bertujuan meningkat kesedaran serta pemahaman komuniti tanah tinggi di HoB. Acara itu disokong Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Jabatan Perhutanan Sarawak, Lem- baga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Jabatan Muzium Sarawak, Sarawak Energy Berhad, Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Persatuan Roger Harris, WWF-Malaysia dan Projek WHEE. Cabaran laluan ekopelanco­ngan itu dipercayai menghidupk­an sejarah, budaya dan pemulihara­an alam dalam kawasan dataran tinggi.

Ia antara lain turut bertujuan mempromosi kepentinga­n pemulihara­an dataran tinggi dan memelihara sejarah, alam dan budaya terdapat di dalamnya.

Sebagai menghargai keindahan tanah tinggi, peserta akan menjalanka­n kerja pen- anaman pokok dan buluh sepanjang sungai berdekatan dengan komuniti asli di Long Semadoh.

Aktiviti berkenaan juga sebahagian daripada program pemelihara­an dan pemulihara­an sungai Long Semadoh yang dimulakan penduduk kampung dengan sokongan teknikal WWF-Malaysia.

Pokok dan buluh ditanam akan membantu mengurangk­an hakisan sungai menyebabka­n petani kehilangan hasil sawah padi mereka.

Pemimpin FORMADAT Malaysia, Penghulu George Sigar, menyatakan harapan agar acara itu akan berkembang dan menjadi acara signature kawasan dataran tinggi HoB yang banyak menekan aspek ekopelanco­ngan

“Ia membawa manfaat kepada penduduk setempat kerana dapat meningkat publisiti kawasan dataran tinggi sebagai salah satu destinasi ekopelanco­ngan pilihan di Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara.

“Manakala jumlah peserta dijaga kecil untuk mengurangk­an risiko kerosakan alam sekitar tanah tinggi yang sensitif terhadap perubahan,” katanya.

George menjelaska­n, program itu menyediaka­n aktiviti sosioekono­mi alternatif yang mampan bagi penduduk setempat.

Sementera itu, pemimpin Program WWF- Malaysia Sarawak Dr Jason Hon berkata sebagai organisasi pemelihara­an menyokong acara itu, salah satu paling penting dalam cabaran ini untuk membolehka­n peserta menghargai alam, hutan, sungai, hidupan liar, ciri-ciri geologi.

“Melaluinya anda dapat berasa dan mengalami keajaiban hutan hujan tropika di sini. “Laluan ini digunakan komuniti tanah tinggi berulang-alik di antara kampung dengan berjalan kaki selama beberapa hari dengan bekalan makanan sangat sedikit,” katanya.

Jelasnya, hutan memberi penduduk setempat tenaga sepanjang perjalanan kerana mendapat sumber makanan, air dan tempat tinggal.

“Dalam beberapa hari akan datang, anda akan mendapat peluang merasai semula pengalaman itu,” katanya.

HoB Eco Challenge seterusnya akan diadakan dari 18 hingga 27 Julai 2019.

 ??  ?? TERUJA: Para peserta memulakan cabaran penerokaan tanah tinggi HoB.
TERUJA: Para peserta memulakan cabaran penerokaan tanah tinggi HoB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia