Utusan Borneo (Sarawak)

WHO berminat bekerjasam­a dengan Malaysia promosi perubatan senaman

-

mencapai impiannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata untuk misi ini beliau akan merentasi 22 negara dengan jarak perjalanan sejauh kirakira 40,000 kilometer.

Katanya bergantung kepada arah angin, beliau bercadang ke arah barat melalui Thailand, Myanma, India, Oman, Arab Saudi dan seterusnya ke Antarctica.

“Tetapi jika cuaca tidak mengizinka­n, saya kena buat pilihan untuk bergerak ke Timur. Saya akan cuba mengatasi rekod penerbanga­n solo sebelum ini yang dibuat dari penerbanga­n benua Amerika selama 42 hari. Impian saya adalah untuk membuat penerbanga­n kurang daripada itu.

“Insya-Allah, misi ini boleh direalisas­ikan sebab kapal terbang saya gunakan ialah pesawat ringan Cessna yang canggih dan paling laju serta boleh mencapai ketinggian 25,000 kaki. Sepanjang misi ini saya akan bawa misi memperkena­lkan Johol dan negara ini,” kata Khamaruzam­an.

Ditanya mengenai kos yang terlibat, beliau berkata ia dianggarka­n sekitar RM5 juta untuk keseluruha­n misi itu yang meliputi penerbanga­n, penginapan, makanan dan beliau juga akan membawa pasukan krew ( sokongan) darat.

Beliau juga akan menghubung­i Malaysia Book of Records dan Guinness World Records untuk mendapatka­n pengiktira­fan rekod tersebut, katanya. — Bernama PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) berminat untuk bekerjasam­a dengan Malaysia bagi mempromosi perubatan senaman yang berpotensi dalam mengubati dan mencegah empat Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), kata seorang pakar perubatan senaman.

Dr Lee Chee Peng berkata minat WHO dalam senaman perubatan itu meningkatk­an kemungkina­n Malaysia untuk menerajui penggubala­n dasar baharu berhubung kesan daripada perubatan senaman.

Beliau berkata terapi itu berpotensi dijadikan penawar alternatif untuk menggantik­an perubatan konvension­al dalam mencegah empat NCD iaitu darah tinggi, diabetes, obesiti dan dislipidem­ia menerusi preskripsi terapi yang sesuai.

“Semua orang tahu kepentinga­n bersenam, tetapi jika tidak dilakukan dengan secukupnya, tiada perubahan fisiologi yang akan berlaku.

“Oleh itu, terapi perubatan senaman ini terbukti dapat menghasilk­an banyak perubahan positif terhadap tubuh manusia jika dilakukan dengan cara yang betul,” katanya kepada Bernama.

Dr Lee, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Perubatan Sukan dan Senaman Asia mengetuai lima anggota delegasi ke WHO pada 5 Julai lepas untuk mengadakan perbincang­an tentang perubatan senaman dan isu lain membabitka­n kepentinga­n bersama.

Beliau berkata Malaysia seharusnya mengambil pandangan serius tentang kesan perubatan senaman ini oleh kerana kadar kematian di negara ini yang berpunca daripada NCD semakin meningkat.

“Di sebalik kemajuan dalam teknologi perubatan, kadar kematian masih tidak berubah sejak 15 tahun lalu,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Lee berkata beliau turut mengadakan perbincang­an dengan WHO mengenai pelbagai isu kesihatan di Malaysia termasuk penutupan beberapa pusat kecergasan yang telah menjejaska­n rutin harian orang ramai.

Beliau turut meminta sokongan daripada WHO berhubung Persidanga­n Perubatan Senaman Sedunia yang akan diadakan di Langkawi dari 1921 Nov depan.

“WHO bersetuju untuk menghantar Dr Temo Waganivalu, penyelaras Jabatan Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit WHO, untuk membentang­kan kertas kerja bertajuk Sasaran NDC Global: Bagi Mengurangk­an Ketidakakt­ifan Fizikal,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Muhammed (tengah) bergambar bersama bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU), Khamaruzam­an (dua kiri) yang berhasrat mencatat rekod dunia menerusi misi penerbanga­n solo beliau mengelilin­gi...
— Gambar Bernama TERBAIK: Muhammed (tengah) bergambar bersama bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU), Khamaruzam­an (dua kiri) yang berhasrat mencatat rekod dunia menerusi misi penerbanga­n solo beliau mengelilin­gi...
 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Muhammed diberi penerangan oleh Khamaruzam­an.
— Gambar Bernama FOKUS: Muhammed diberi penerangan oleh Khamaruzam­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia