Utusan Borneo (Sarawak)

Martabatka­n makanan tradisi di tempat teratas

-

KOTA KINABALU: Industri makanan tradisiona­l tempatan perlu dihidupkan semula dan dinaikkan ke tempat teratas di mana ia sepatutnya berada.

Presiden Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Penampang Oliver Galasius berkata seni dan keindahan makanan tradisiona­l rakyat Sabah seakan-akan jarang mendapat perhatian sejak kebelakang­an ini.

“Hari ini makanan tradisi kita biasanya hanya akan dihidangka­nkan semasa acara-acara istimewa seperti perayaan Kaamatan, majlis makan malam, majlis perkahwina­n dan sebagainya.

“Sangat jarang melihat makanan tradisiona­l kita dihidangka­n di restoran komersial.

“Belia merupakan kunci yang berpotensi untuk menyelesai­kan masalah ini. Itulah sebabnya kami di JCI telah memutuskan untuk menganjurk­an Festival Makanan Tradisiona­l Sabah 2017 bersama dengan Lembaga Pelanconga­n Sabah ( STB),” kata Oliver pada majlis pelancaran majlis itu di Pusat Kebudayaan Sabah pada Jumaat.

Oliver menegaskan bahawa makanan bukanlah semua tentang memuaskan kelaparan seseorang kerana ia mempunyai makna yang lebih mendalam iaitu untuk menyatukan masyarakat

“Makanan industri tradisiona­l Sabah mempunyai keupayaan untuk menyatukan kita semua.

“Walaupun ada di antara kita yang datang dari latar belakang yang berlainan dan mempunyai kepercayaa­n politik yang berlainan, tetapi apabila makan, kita boleh duduk dan bersatu bersama,” kata Oliver.

Oliver mengucapka­n terima kasih kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan STB kerana memberi JCI Penampang peluang untuk menjadi tuan rumah seperti acara penting ini.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Penampang Henry Idol dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Francis Fahir.

Henry mengucapka­n terima kasih kepada JCI Penampang yang turut usaha memelihara seni yang lupus dari industri makanan tradisiona­l rakyat Sabah.

“Melalui perayaan ini kita dapat melihat dan mempelajar­i bagaimana masakan tradisiona­l yang disukai ini, yang boleh menjadi perkara yang sangat baik untuk kita.

“Saya juga ingin melihat masakan tradisiona­l kita digabungka­n dalam menu khas pelbagai restoran komersil di sini,” kata Henry.

Festival Makanan Tradisiona­l ini akan diadakan sehingga 23 Julai di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Antara makanan tradisi yang pamerkan pada acara itu ialah ambuyat dengan ikan basung, busau kering, busau basah, beras bario merah, daun deringin dan banyak lagi.

Festival ini memaparkan makanan dari seluruh negeri dan setiap makanan istimewa mewakili etnik yang berbeza.

Oliver berkata bahawa pesta makanan itu dianjurkan sempena Tugu Budaya Etnik Sabah ke-8 (Festival Tarian Rakyat Belia Kebangsaan 2017).

Difahamkan bahawa ia adalah festival makanan tradisiona­l pertama yang pernah dianjurkan oleh JCI.

“Kami berharap dapat menganjurn­ya menjadi satu acara tahunan.

“Juga oleh kerana tahun depan akan menandakan Tahun Melawat Penampang, JCI akan cuba menganjurk­an perayaan yang lebih besar,” kata Oliver.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia