Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat pelanconga­n kesihatan ‘Satori’ akan dibangunka­n di Melaka

-

MELAKA: Pusatpelan­congan kesihatan, ‘Satori- Sanctuary in the City’ yang merangkumi pelbagai perkhidmat­an penjagaan kesihatan dengan nilai perlaburan kira-kira RM300 juta akan dibangunka­n di Banda Hilir, di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata projek pembanguna­n bercampur yang dibangunka­n Hatten Land Limited itu dijangka siap sepenuhnya pada 2020 dan dilihat dapat mengembang­kan lagi industri pelanconga­n kesihatan di negeri itu.

Beliau berkata projek yang dibangunka­n tanah seluas 0.83 hektar itu akan menempatka­n 50 fasiliti penjagaan dan perkhidmat­an kesihatan selain pusat beli-belah dan tempat letak kereta.

“Secara purata kira-kira 160,000 pelancong berkunjung ke Melaka dalam tempoh setahun bagi mendapatka­n perkhidmat­an dan semakan kesihatan di hospital swasta yang terdapat di negeri ini.

“Projek ini dilihat memberi nilai tambah atau pilihan kepada pelancong untuk mendapatka­n perkhidmat­an atau rawatan kesihatan yang lebih kondusif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran projek ‘Satori- Sanctuary in the City’ di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Hatten Land Limited Datuk Colin Tan.

Idris berkata projek tersebut juga akan dapat meny- umbang pada peningkata­n pendapatan kasar kerajaan negeri pada masa akan datang selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi penduduk di negeri ini.

Sementara itu, Tan berkata Melaka merupakan antara tiga negeri terbaik di negara ini yang menawarkan perkhidmat­an kesihatan dan penjagaan diri yang terbaik selain mempunyai prospek yang luas dalam industri pelanconga­n kesihatan.

Beliau berkata projek pembanguna­n bercampur pertama di negeri itu turut menawarkan 336 unit bilik hotel dan 192 unit kediaman berperkhid­matan untuk pelaburan masa hadapan penduduk di negeri itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia