Utusan Borneo (Sarawak)

Korban rabies meningkat kepada lima orang Tinding Lambang dari Kampung Remun, Serian meninggal dunia di HUS sekitar jam 10.43 malam kelmarin

-

KUCHING: Seorang lelaki dari Kampung Remun, Serian meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) malam kelmarin ( Ahad) sekali gus menjadikan angka korban akibat wabak rabies meningkat kepada lima orang.

Lelaki dikenal pasti sebagai Tinding Lambang, 52, yang dipercayai digigit anjing sekitar awal Mei lalu, disahkan meninggal dunia sekitar jam 10.43 malam kelmarin.

Pengesahan itu dibuat Sek- retariat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi satu kenyataan selepas Mesyuarat Penyelaras­an JPBN (Wabak Rabies) dipengerus­ikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Jaul Samion di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

“Penyebab kematian adalah rabies with underlying pulmonary tuberculos­is,” kata kenyataan tersebut.

Mangsa pada 11 Julai lalu, menunjukka­n simptom rabies termasuk lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingunga­n sebelum dimasukkan ke HUS untuk rawatan lanjut.

Keputusan ujian makmal pada 18 Julai mengesahka­n pesakit berkenaan positif rabies.

Pada 19 Julai lalu, mangsa keempat iaitu Florencia Edward, 5, dari Kampung Ampungan di Serian, meninggal dunia akibat rabies encephalom­yelitis.

Manakala Alicesa Lorenna Nody, 7, dari Kampung Lebor meninggal dunia pada 13 Julai, selepas dua beradik dari Kampung Paon Rimu, Monica Mazlan, 6, dan Jackson Mazlan, 4, meninggal dunia pada 4 Julai lepas.

Sementara itu, JPBN turut menasihati orang ramai khususnya yang tinggal di bahagian Serian, bahagian Sri Aman dan bahagian Kuching agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit rabies seperti mencuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilang kesan air liur.

Masyarakat turut diminta mendapatka­n rawatan di klinik kesihatan atau hospital terdekat jika mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau anjing liar, selain memastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar.

Sekiranya anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif, orang ramai juga perlu mendapatka­n rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmat­an Veterinar setempat dan melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika terdapat anjing liar berkeliara­n di kawasan tempat tinggal.

Orang ramai turut diingatkan sentiasa mengekalka­n tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunaka­n air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

Jurucakap Sekretaria­t JPBN

 ??  ?? LAPORAN: Sekretaria­t JPBN Mejar (PA) Ismail Mahedin (kiri) dan Sekretaria­t Jawatankua­sa Bencana Bahagian Serian Kapten (PA) Jostan Ringin membuat laporan polis di Balai Polis Tebedu, semalam.
LAPORAN: Sekretaria­t JPBN Mejar (PA) Ismail Mahedin (kiri) dan Sekretaria­t Jawatankua­sa Bencana Bahagian Serian Kapten (PA) Jostan Ringin membuat laporan polis di Balai Polis Tebedu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia