Utusan Borneo (Sarawak)

Semai semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda

-

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing mahu semangat perpaduan disemai dengan kukuh dalam kalangan generasi muda.

Katanya, masyarakat perlu sentiasa memperkuku­h perpaduan nasional supaya dapat mengecapi keamanan dan cita-cita negara.

“Pengelolaa­n aktiviti kebudayaan berbilang kaum merupakan landasan mengukuhka­n hubungan masyarakat negara ini khususnya generasi muda.

“Pelbagai aktiviti integrasi mampu melahirkan generasi yang mempunyai identiti nasional kukuh serta dapat menerima, menghormat­i dan menghayati kepelbagai­an kaum,” katanya pada Program RIMUP dan RamahTamah Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan ( SK) Sungai Petai dekat sini, semalam.

Program itu anjuran SK Sungai Petai bersama Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Su Ming dan SJK Hua Nam.

Ding berharap murid-murid mendapat manfaat dan menjalinka­n semangat muhibah dalam kalangan mereka.

“Dengan mewujudkan kerjasama pasti banyak kejayaan dan pencapaian memberangs­angkan dapat dicapai sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulu­m,” katanya.

Ding turut mengumumka­n bahawa permohonan SK Sungai Petai untuk pembinaan stadium berbumbung diluluskan dengan peruntukan RM250,000.

Katanya, pembinaan stadium itu dilaksanak­an tahun ini kerana peruntukan telah diluluskan dan lawatan tapak dilakukan pihak berwajib.

Tambahnya, pembinaan stadium itu kelak mampu melahirkan lebih ramai murid berkualiti dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Hadir sama Ketua Unit Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei Mattheus Akun Balang, Guru Besar SK Sungai Petai Nur Fadzrine Yung, Guru Besar SK Su Ming Lau Hie Ping, Guru Besar SJK Hua Nam Yii Ming Tiew, Yang Dipertua PIBG SK Sungai Petai Mary Suna dan ibu bapa.

 ??  ?? MERIAH: Ding bersama murid, guru dan ibu bapa pada Program RIMUP dan Ramah-Tamah Aidilfitri di SK Sungai Petai, semalam.
MERIAH: Ding bersama murid, guru dan ibu bapa pada Program RIMUP dan Ramah-Tamah Aidilfitri di SK Sungai Petai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia