Utusan Borneo (Sarawak)

SEA TVET buka peluang pelajar Kolej Komuniti ke luar negara

-

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012) perlu dilakukan bagi mengurangk­an kerenah birokrasi di antara jabatan dan agensi penguatkua­saan terlibat, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata dengan pindaan itu, mangsa keganasan rumah tangga boleh mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak ‘disepak’ ke sana sini seperti bola apabila memohon bantuan pihak berkuasa.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis DiRaja Malaysia perlu mengadakan kursus untuk memberi kefahaman kepada para petugas dan anggota penguatkua­saan supaya mereka benar-benar faham apa itu Perintah Perlindung­an Kecemasan(EPO), Perintah Perlindung­an Interim(IPO) atau Perintah Perlindung­an (PO) supaya tiada lagi penganiaya­an terhadap mangsa yang ingin mendapatka­n perintah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaska­n Rang Undang-undang(RUU) Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 yang dibentang untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Pembanguna­n Wanita, Kelu- arga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Dewan Rakyat semalam.

RUU itu antara lain memperuntu­kkan pegawai kebajikan masyarakat diberi kuasa mengeluark­an EPO (ex-parte) kepada mangsa keganasan rumah tangga jika sesuatu kes berlaku di luar waktu pejabat, misalnya di hujung minggu.

Irmohizam berkata ketika ini, mangsa hanya boleh mendapatka­n IPO atau PO daripada mahkamah yang hanya beroperasi pada waktu bekerja sedangkan banyak aduan keganasan rumah tangga berlaku pada hujung minggu.

“Justeru itu, pindaan akta ini yang memperuntu­kkan EPO adalah amat dialu-alukan bagi membolehka­n mangsa mendapatka­n perlindung­an segera untuk menghalang si pelaku daripada mencederak­an mangsa,” katanya.

Sementara itu, Dr Siti Mariah Mahmud (AMANAHKota Raja) mencadangk­an pelaku keganasan rumah tangga dikenakan tindakan sebat di khalayak ramai bagi memberi pengajaran kepada mereka.

Beliau berkata suami yang memukul isteri perlu diberi keinsafan secara terbuka bagi memastikan mereka sedar tentang tanggungja­wab menjaga wanita seperti yang diamanahka­n Allah SWT.

Cadangan itu turut disokong Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang percaya tindakan sebat di khalayak ramai akan membuka mata masyarakat untuk tidak menyakiti pasangan masing-masing.

Terdahulu, semasa membentang RUU berkenaan, Rohani berkata pindaan itu bertujuan meningkatk­an perlindung­an kepada mangsa dengan mengadakan peruntukan bagi EPO sebagai tambahan kepada perintah perlindung­an interim dan perlindung­an sedia ada.

Selain itu, Seksyen 13 dimasukkan untuk memperuntu­kkan bahawa permohonan bagi perintah perlindung­an hendaklah dibuat oleh mangsa, peguam mangsa, pegawai kebajikan masyarakat bagi pihak mangsa iatau pegawai polis bagi pihak mangsa, katanya.

Persidanga­n dewan bersambung hari ini. — Bernama PUTRAJAYA: Pelajar kolej komuniti kini berpeluang menyertai program pertukaran pelajar ke luar negara melalui Program Mobiliti Antarabang­sa Southeast Asia Technical and Vocational Education (SEA TVET).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata sebagai permulaan, enam pelajar dan dua pensyarah dari Langkawi Tourism Academy@ Kolej Komuniti Langkawi dipilih untuk menyertai program itu dengan kerjasama Rajamangal­a University of Technology Lanna ( RMUTL) Thailand.

Katanya, kedua- dua institusi pendidikan tinggi itu dipilih berikutan kepakaran masing-masing dalam bidang hospitalit­i dan pelanconga­n.

“Pelajar dan pensyarah terbabit akan mengikuti program selama dua minggu di RMUTL bagi menimba ilmu, berkongsi amalan terbaik serta pendedahan kepada budaya Thailand yang kemudianny­a akan dikongsi dengan rakan mereka di Malaysia.

“Kolaborasi dengan RMUTL berbentuk reciprocal (timbal balik). Selepas ini RMUTL juga akan menghantar pelajar dan pensyarah ke Langkawi di bawah program ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan peserta program itu, di sini semalam.

Yap berkata, program yang diselarask­an Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) itu akan diadakan dari semasa ke semasa hingga 2019 serta melibatkan pelbagai bidang lain termasuk elektronik, mekatronik dan pembuatan, pertanian dan perikanan serta pembinaan.

Beliau berkata kolej komuniti juga boleh memilih sendiri institusi luar negara untuk mengadakan kerjasama menerusi program itu pada masa akan datang, namun ia tertakluk kepada kelulusan JPKK.

Katanya SEA TVET adalah antara usaha negara anggota Persidanga­n Majlis MenteriMen­teri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMAO) bagi mengantara­bangsakan program TVET melalui harmonisas­i kurikulum, pertukaran pelajar dan kakitangan, sangkutan perindustr­ian dan perkongsia­n sumber.

Dalam pada itu, seorang peserta, Amizal Abdul Ghani, 18, berkata beliau bangga terpilih menyertai program berkenaan dan bertekad untuk menimbu ilmu sebanyak mungkin dalam bidang kulinari dari negara itu.

“Dari segi bahasa saya rasa tiada masalah kerana saya pandai berbahasa Thailand memandangk­an ibu saya berasal dari sana,” katanya.

Seorang lagi peserta, Tan Shin Yan, 18, pelajar bidang makanan dan minuman (F&B) berkata, beliau teruja untuk mempelajar­i bidang hospitalit­i negara itu yang terkenal dengan budaya kesopanan.

“Saya ingin mempelajar­i cara mereka yang mungkin berlainan dari negara kita dan mempraktik­kannya di Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Zainal (dua kiri) sedang melihat operasi perkhidmat­an Kaunter Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) ketika beliau melakukan ‘Walkabout 1Serve’ di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Perak dekat Ipoh, semalam. Turut bersama Zamri (kiri) dan Abdul Puhat...
— Gambar Bernama TINJAU: Zainal (dua kiri) sedang melihat operasi perkhidmat­an Kaunter Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) ketika beliau melakukan ‘Walkabout 1Serve’ di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Perak dekat Ipoh, semalam. Turut bersama Zamri (kiri) dan Abdul Puhat...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia