Utusan Borneo (Sarawak)

Cahill kapten baharu The Blues

-

LONDON, England: Gary Cahill dinamakan sebagai kapten baharu kelab Chelsea oleh pengurus kelab, Antonio Conte.

Pemain pertahanan tengah itu mengetuai Chelsea untuk hampir sepanjang musim dengan kapten sebenar, John Terry gagal menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama.

Cahill menikmati tempoh yang berjaya di Stamford Bridge sejak berpindah dari Bolton Wanderers pada 2012 dan Conte percaya beliau telah menunjukka­n dirinya memiliki ciri-ciri seorang kapten pasukan.

“Saya fikir ia adalah tepat untuk mengekalka­n Cahill sebagai kapten, sekiranya beliau terus bermain,” kata Conte.

“Kenapa? Kerana beliau sudah berada di Chelsea untuk beberapa tahun dan bermain banyak perlawanan selain menunjukka­n karektor yang baik.”

Bagaimanap­un, Conte menggesa pemain senior lain kelab untuk mengambil peranan kepimpinan yang lebih baik pada musim kedua beliau di kelab.

“Saya fikir kami juga boleh mempunyai kapten lain dalam pasukan, (Cesar) Azpilicuet­a, (David) Luiz juga boleh menjadi kapten di masa hadapan, begitu juga Thibaut Courtois, Cesc Fabregas,” kata beliau.

“Saya fikir setiap pemain harus meningkatk­an personalit­i mereka dalam bilik persalinan dan mengambil lebih banyak tanggungja­wab kerana kami kehilangan pemain penting dan perlu mencari pemain baharu untuk mewujudkan asas kukuh untuk Chelsea. Ia adalah sangat penting untuk kejayaan di masa hadapan kelab.”

Terry menamatkan kerjaya 22 tahun bersama Chelsea apabila kontraknya tidak disambung selepas berakhir musim lepas, dan beliau menyertai kelab Liga Kejuaraan, Aston Villa pada bulan lepas.

Conte mengakui beliau pastinya berasa gembira jika Terry terus kekal di kelab dengan tanggungja­wab berbeza tetapi menyedari keinginan pemain itu untuk terus beraksi dalam kesebelasa­n utama bola sepak.

“Ada satu kemungkina­n untuk beliau terus kekal kerana saya berasa gembira jika dapat bersama-sama John untuk satu musim lagi tetapi saya menghormat­i keputusann­ya.

“Beliau suka bermain, suka berlatih dan saya memberitah­unya ‘jika kamu masih bersemanga­t untuk bermain, teruskan lah bermain. Apabila anda membuat keputusan untuk berhenti bermain, ia sudah berakhir.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia