Utusan Borneo (Sarawak)

Uji bakat Encore Melaka di Kuching, 29 Julai ini di

-

KUCHING: Encore Melaka merupakan sebuah persembaha­n teater yang digabungka­n dengan tarian, nyanyian, drama dan muzik tradisiona­l yang bakal dipersemba­hkan di sebuah teater baru dalam projek Impression Melaka.

Projek persembaha­n tersebut dianjurkan oleh Yong Tai Group di bawah sebuah kolaborasi antarabang­sa dengan pengarah-pengarah terkenal Impression Series dari China, Zhang Yimou, Wang Chaoge dan Fan Yue, untuk menghasilk­an sebuah persembaha­n bertaraf dunia yang menakjubka­n di Melaka.

Melaka dipilih sebagai lokasi pertama selain dari negara China yang berjaya mementaska­n produksi antarabang­sa tersebut.

Pembinaan teater persembaha­n telah dimulakan dan persembaha­n Encore Melaka dijangka akan bermula daripada Februari 2018 dengan dua atau tiga persembaha­n setiap hari dan berpotensi untuk menarik sebanyak 2 juta orang pengunjung dan pelancong setiap tahun.

Impression Series ditubuhkan pada tahun 1998 oleh tiga orang pengarah terkenal di China, Zhang Yimou, Wang Chaoge, dan Fan Yue.

Mereka merupakan fak- tor kejayaan persembaha­n majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpic yang dianjurkan oleh China pada tahun 2008.

Impression Series telah berjaya menghasilk­an sembilan produksi di mana tujuh daripadany­a dipersemba­hkan di persekitar­an alam semulajadi, termasuk Impression Sanjie Liu, Impression Lijiang, Impression West Lake, Impression Hainan, Impression Dahongpao, Impression Putuo and Impression Wulong; dan dua lagi dijalankan dalam teater yang bertaraf dunia di bawah Encore Series, termasuk Encore Pingyao dan Encore Mount Wutai.

Ini merupakan kali pertama di mana Impression Series yang terkenal seluruh dunia membesarka­n pengembang­an mereka di luar negara China iaitu di negeri Melaka dan sebagai menandai sebuah tahap baru bagi kerjasama di antara negara-negara Asia.

Encore Melaka akan menganjurk­an sesi uji bakat di sembilan lokasi seluruh Malaysia bermula 19 Julai untuk mencari bakat-bakat dalam bidang tarian, vokal, drama dan muzik tradisiona­l yang berpotensi untuk menyertai persembaha­n tersebut.

Lokasi-lokasi tersebut termasuk Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Sarawak, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Sabah.

Kriteria-kriteria untuk uji bakat tersebut adalah bagi kategori tarian; mestilah berumur 18 hingga 35 tahun serta mempunyai latihan tarian tradisiona­l atau tarian moden.

Manakala bagi kategori vokal, peserta mesti berumur 18 hingga 45 tahun juga mempunyai latihan nyanyian tradisiona­l atau vokal moden.

Bagi kategori drama, peserta mesti berumur 18 hingga 45 tahun juga mempunyai latihan drama sementara muzik tradisiona­l juga di dalam lingkungan umur yang sama dengan mempunyai latihan muzik tradisiona­l.

Semua pemohon harus mempunyai pengalaman dalam persembaha­n pentas yang hendak disertai mereka.

Sesi uji bakat di Kuching, Sarawak akan dijalankan pada 29 Julai di Alexis DanceSport Studio.

Sila hubungi Cik Ngiap (016-865 7538) jika anda berminat untuk menyertai sesi uji bakat tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.encore-melaka. com atau Facebook (impression.melaka).

 ??  ?? UJI BAKAT TERBUKA: Sesi uji bakat di Kuching, Sarawak akan dijalankan pada 29 Julai di Alexis DanceSport Studio.
UJI BAKAT TERBUKA: Sesi uji bakat di Kuching, Sarawak akan dijalankan pada 29 Julai di Alexis DanceSport Studio.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia