Utusan Borneo (Sarawak)

Aspek keagamaan terus jadi tumpuan kerajaan

-

SANDAKAN: Aspek keagamaan menjadi tumpuan kerajaan dalam membangunk­an negara ini, kata Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menurut beliau ia sejajar dengan negara ini mempunyai pelbagai kaum dan agama tetapi mampu hidup dalam suasana harmoni serta sejahtera.

Sehubungan itu katanya, kerajaan terus membangunk­an dari segi penyediaan prasarana dan kemudahan rakyat negara ini menjalanka­n aktiviti keagamaan.

“Komitmen ini terus menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan rakyat dapat menjalani aktiviti keagamaan dalam suasana,” katanya pada Majlis Multaga Meraihkan 36 Jemaah Haji Parlimen Beluran di sini, pada Ahad.

Turuthadir­PengurusTa­bung Haji Cawangan Sandakan Abdul Samat@Musa Mansur, Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Bahagian Beluran Datuk Madlis Abd Aziz dan Ketua Pemuda UMNO Beluran Samad Jambri.

Seramai 36 jemaah haji diraikan pada majlis itu dan menerima sumbangan daripada Pejabat Parlimen Beluran dan USIA Beluran.

Menurut beliau di kawasan Parlimen Beluran, sebanyak 20 masjid baharu telah dibina membuktika­n kerajaan mendengar permintaan rakyat di.kawasan itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata usaha itu akan diteruskan untuk memenuhi keperluan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.

Ronald berkata Pejabat Parlimen Beluran juga akan sentiasa meminta kouta menunaikan haji untuk kawasan Beluran dari- pada Lembaga Tabung Haji.

Terdahulu, Abdul Samat dalam ucapannya berharap jemaah haji yang terpilih ke Mekah pada tahun ini menjaga kesihatan ketika berada di tanah suci.

Katanya, mereka juga perlu banyak bersabar kerana akan menghadapi banyak cabaran ketika menunaikan ibadah haji.

Menurutnya terdapat 2.4 juta orang berdaftar di negara ini untuk menunaikan haji dan mereka yang terpilih harus bersyukur kerana terpilih pada tahun ini.

 ??  ?? PROGRAM AMAL: Zainal (duduk, dua kanan) bersama tetamu lain dan kakitangan RAY As Sakinah merakam gambar kenangan bersama pemilik kapal Restless M dari Australia ketika menaiki kapal berkenaan ke Pulau Manukan.
PROGRAM AMAL: Zainal (duduk, dua kanan) bersama tetamu lain dan kakitangan RAY As Sakinah merakam gambar kenangan bersama pemilik kapal Restless M dari Australia ketika menaiki kapal berkenaan ke Pulau Manukan.
 ??  ?? SUMBANGAN: Ronald menyampaik­an sumbangan kepada jemaah haji Beluran.
SUMBANGAN: Ronald menyampaik­an sumbangan kepada jemaah haji Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia