Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA sasar urus niaga RTC Kelantan cecah RM1 bilion menjelang 2020

-

KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n ( FAMA) Kelantan menyasarka­n nilai urus niaga di Pusat Tranformas­i Luar Bandar ( RTC) Kelantan mencecah RM1 bilion menjelang 2020.

Pengarah FAMA Kelantan, Ibrahim Mahmood berkata bagi tujuan itu, jumlah peserta akan ditambah kepada 1,000 orang dalam tempoh tiga tahun berbanding 616 peserta tahun ini.

“Pertambaha­n kluster urus niaga baharu seperti medan selera, pasarina (pasar khusus untuk jualan barangan keperluan wanita) dan tapak jualan bunga akan dibuka pada September ini, selain meningkatk­an aktiviti pemboronga­n, peruncitan serta pemasaran produk pertanian dan industri asas tani,” katanya kepada pemberita pada majlis bertemu pelanggan dan sambutan Aidilfitri di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata bagi tahun ini, FAMA menyasarka­n untuk mencapai sasaran perolehan urus niaga bernilai RM700 juta berbanding RM360 juta pada tahun lepas.

Beliau yakin ia mampu dicapai berdasarka­n perolehan semasa RM200 juta setakat ini selain sokongan menggalakk­an daripada peserta dan pembeli.

Menurutnya, pada masa ini sebanyak 300 lot kedai untuk aktiviti borong dan peruncitan bagi hasil laut, sayur, buah- buahan serta makanan beroperasi 24 jam di dalam kawasan RTC.

Selain itu katanya, FAMA turut mengenal pasti seramai 95 peserta pasarina dan 16 pengusaha medan selera yang akan merancakka­n lagi urus niaga di RTC Kelantan bermula September ini.

Malah, FAMA j u g a menyediaka­n tapak untuk peniaga kecil yang berminat menjual hasil pertanian bermusim seperti durian. — Bernama GEORGE TOWN: Sunway Bhd akan melancarka­n pelbagai projek dengan nilai pembanguna­n kasar (NPK) sebanyak RM5 bilion di Pulau Pinang dalam masa 10 tahun akan datang.

Pengarah Urusan Bahagian Hartanah Sunway Bhd bagi Malaysia dan Singapura, Sarena Cheah berkata daripada jumlah itu sebanyak RM2 bilion diperuntuk­kan bagi pelaburan projek jangka panjang termasuk pusat belibelah dan hotel.

Antara pelan pembanguna­n utamanya adalah Sunway Valley City yang merupakan projek bersepadu bernilai RM2 bilion di Paya Terubong.

Menurutnya, projek bercampur- campur meliputi kawasan seluas 9.7 hektar itu dibahagika­n kepada empat fasa dan merangkumi pembanguna­n kedai pejabat, pangsapuri perkhidmat­an, sebuah pusat beli- belah, institut pendidikan (Sunway College), menara pejabat dan sebuah pusat perubatan.

“Sunway Valley City dijangka mengubah landskap Air Itam dan Paya Terubong. Kami berharap dapat mengetenga­hkan sesuatu yang menarik untuk penduduk di situ dan mereka tidak perlu ke tempat lain untuk tujuan santai dan hiburan,” katanya kepada pemberita selepas majlis KUALA LUMPUR: Syarikat pemerkasaa­n teknologi, Sedania Innovator Bhd, menyambut baik cadangan kerajaan mengenai pemberian insentif cukai dalam Bajet 2018 untuk syarikat yang menggunaka­n teknologi data raya.

Pengarah Urusannya, Datuk Azrin Mohd Noor berkata sokongan dan visi kerajaan terhadap Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) itu jelas membuktika­n matlamat para pemimpin kanan negara mewujudkan­ekonomiber­pendapatan tinggi serta mencatat pertumbuha­n mampan berdasarka­n kebolehsed­iaan dan ketepatan analisis data raya.

“Kami percaya cadangan insentif cukai itu berperanan penting bagi membolehka­n pelancaran ibu pejabat baharu Sunway untuk wilayah utara di Anson Road, di sini.

Menyentuh projek-projek Sunway di tanah besar Pulau Pinang, Sarena berkata kumpulan itu akan memperting­katkan Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya dalam masa lima tahun berikutnya.

Projek pembanguna­n bercampur-campur di Seberang Jaya juga termasuk Sunway Medical Centre dilengkapi 400 katil yang juga pusat perubatan pertama Sunway di Pulau Pinang dengan pembinaann­ya dalam dua fasa.

Fasa pertama pusat perubatan itu mengandung­i 250 katil dan akan dilengkapi pelbagai kemudahan serba canggih bagi memenuhi keperluan masyarakat tempatan, katanya.

Pembinaan itu akan dimulakan sebaik mendapat kelulusan dan dijangka siap dalam masa tiga tahun.

Projek lain ialah Sunway Wellesley di Bukit Mertajam dengan pelancaran fasa tiga 10 unit kedai yang dijangka dapat dilakukan pada September ini.

Jumlah simpanan tanah Sunway Property di Pulau Pinang mencecah 165.9 hektar setakat ini dan ia telah membangunk­an lebih 2,500 unit kediaman dan komersial sejak penubuhann­ya pada 1992. — Bernama lebih banyak syarikat menggunapa­kai analisis data raya sepenuhnya bagi membuat keputusan dengan lebih tepat,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Azrin juga berharap cadangan insentif cukai itu diutamakan dan bersifat jangka panjang untuk menggalakk­an penggunaan meluas oleh syarikat serta dilaksanak­an secara berterusan bagi memacu pertumbuha­n.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani baru-baru ini bahawa kerajaan merancang menumpukan persediaan Bajet 2018 kepada pemberian insentif cukai lebih berfokuspe­mbangunan Industri 4.0 itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia