Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama Proton-Geely beri peluang vendor kereta tempatan tembusi pasaran global

-

KUALA LUMPUR: Kerjasama strategik antara Proton Holdings Bhd (Proton) dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group ( G e e l y ) m e m b e r i p e l - uang kepada vendor komponen kereta tempatan untuk menembusi pasaran global.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata melalui kerjasama itu, syarikat komponen kereta turut berpeluang untuk membekal kepada rangkaian kenderaan yang dimiliki Geely jika memenuhi syarat dan kualiti yang ditetapkan.

“Kerajaan akan memast i k a n k i t a mempun- yai program membina keupayaan, dan ini janji Geely kepada Proton. Bukan sahaja mereka (vendor) dapat membekalka­n komponen untuk Proton tetapi juga Volvo tetapi komponen yang dikeluarka­n perlu berkualiti dan setanding dengan negara asing.

“Proton kini mempunyai 240 vendor tempatan yang membekalka­n komponen untuk pembinaan kereta mereka. Vendor adalah komponen terpenting dan vendor hendaklah memastikan komponen yang dikeluarka­n mematuhi kualiti,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukaka­n Hee Loy Sian ( PKR- Petaling Jaya Selatan) mengenai jaminan kerajaan untuk memastikan vendor komponen kereta tempatan dilindungi menerusi kerjasama itu.

Mustapa berkata jika vendor menepati kualiti dan harga yang setanding dengan negara asing, mereka bukan sahaja berpeluang menjadi pembekal untuk Geely malah dapat menarik minat syarikat pengeluar kereta dunia yang lain.

Katanya, berdasarka­n kepada pelan perniagaan 10 tahun yang dimuk- tamadkan Proton dan Geely, kerajaan yakin Proton akan lebih kompetitif dan prestasiny­a akan dap a t d i t i n g k a t k a n s e - cara keseluruha­n berdasarka­n pengalaman yang dimiliki Geely.

“Geely adalah antara pengeluar kereta terkemuka di China dan syarik a t i t u m e m p u n y a i r e - kod jualan sebanyak 1.2 jut a u n i t s e t a h u n d a n mengekspor­t kereta ke 23 buah negara tahun lalu. Geely juga mempunyai rekod cemerlang dalam memulihkan Volvo.

“Kerajaan yakin masa depan Proton akan lebih cerah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia