Utusan Borneo (Sarawak)

Turki bicarakan 17 wartawan

Akhbar disegani Cumhuriyet sasaran kempen pembersiha­n Erdogan

-

ISTANBUL: Pengarah dan wartawan daripada salah sebuahakhb­arpembangk­ang paling disegani di Turki dibicaraka­n semalam setelah lapan bulan ditahan reman dalam kes yang membangkit­kan isu kebebasan media di bawah pemerintah­an Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Kesemua tertuduh ditahan sejak Oktober tahun lepas di bawah perintah darurat yang dilaksanak­an selepas cubaan rampasan kuasa yang gagal pada 15 Julai yang dipersalah­kan ke atas pendakwah Fethullah Gulen yang kini hidup terpencil di Amerika Syarikat (AS).

Sejumlah 17 kakitangan akhbar tersebut termasuk penulis, pelukis kartun dan eksekutif, dibicaraka­n di Istana Keadilan di Istanbul.

Perbicaraa­n dimulakan dengan para defendan membacakan i dentiti masing-masing di dalam bilik mahkamah yang sesak dengan para penyokong mereka, menurut wartawan AFP.

Sekiranya disabitkan, mereka berdepan hukuman penjara hingga 43 tahun.

Terdahulu, para penyokong melepaskan puluhan belon berwarna- warni di luar kompleks mahkamah sambil melaung “Kewartawan­an bukan satu jenayah”.

P e m b a n g k a n g khuatir perintah darurat dipergunak­an untuk memburu sesiapa sahaja yang berani melawan kerajaan dan perbicaraa­n tersebut dilihat sebagai ujian kebebasan media.

Turki berada di tangga ke155 dalam indeks terbaharu kebebasan media dunia oleh Reporters Without Borders (RSF), di bawah Belarus dan Republik Demokratik Congo (DRC).

Menurut kumpulan kebebasan media P24, Turki kini memenjarak­an 166 wartawan yang kebanyakan­nya ditahan di bawah perintah darurat.

Erdogan bagaimanap­un menegaskan dalam temu bual awal bulan ini bahawa hanya dua ‘wartawan sebenar’ meringkuk di penjara ketika ini.

Dalam kebetulan luar biasa, hari pertama perbicaraa­n, 24 Julai, adalah hari media kebangsaan tahunan Turki yang meraikan berakhirny­a penapisan dalam Empayar Othmaniah.

Cumhuriyet ( Republik), yang diwujudkan pada 1924 dan merupakan akhbar kebangsaan arus perdana tertua di Turki, sudah lama menjadi duri dalam daging pemerintah­an Erdogan.

Ia antara segelintir suara penentanga­n sejati dalam media yang didominasi media prokerajaa­n tegar dan harian arus perdana lebih besar yang semakin gerun untuk mencabar pihak berkuasa.

Mereka yang muncul di mahkamah termasukla­h mereka yang disegani dalam dunia kewartawan­an Turki iaitu kolumnis Kadri Gursel, ketua pengarang akhbar Murat Sabuncu dan kartunis Musa Kart.

Tu r u t di b i c a r a k a n wartawan penyiasata­n Ahmet Sik yang mana pada 2011 menulis buku kontrovers­i “The Imam’s Army” yang mendedahka­n cengkaman pergerakan Gulen ke atas negara Turki.

Sebelas daripada 17 suspek termasuk Gursel, Sabuncu, Kart dan Sik ditahan reman di penjara manakala enam yang lain masih bebas.

Turut dibicaraka­n tanpa kehadiran ialah bekas ketua pengarang akhbar Can Dundar, yang mana pada tahun lepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun 10 bulan gara-gara laporan muka depan yang menuduh kerajaan menghantar senjata ke Syria.

Beliau kini berada di Jerman.

Mereka yang ditahan reman sudah 267 hari dikurung, kecuali Sik, 206 hari.

Se j a k pe n a h a n a n mereka, Cumhuriyet terus menerbitka­n kolum wartawan yang ditahan itu tetapi hanya ruang putih kosong tanpa teks.

“Inilah kes di mana kewartawan­an menjadi satu jenayah, di mana mereka yang bersuara dihukum.

“Sekiranya ia berhasil, nampaknya mereka akan terus melakukann­ya,” kata Steven Ellis, pengarah advokasi Internatio­nal Press Institute di luar mahkamah.

Kesemua tertuduh didakwa menyokong dalam penulisan akhbar tidak kurang tiga kumpulan yang dianggap Turki sebagai pertubuhan teroris — Parti Pekerja Kurdistan (PKK), parti kiri radikal Barisan Parti Revolusi Pembebasan Rakyat (DHKPC) dan pergerakan Gulen yang digelar Ankara sebagai Pertubuhan Ganas Fethullah (FETO).

Namun para penyokong mereka menegaskan Cumhuriyet sentiasa mengkritik hebat ketigatiga kumpulan itu termasuk pertubuhan Gulen.

Gulen juga menafikan sebarang kaitan dengan cubaan rampasan kuasa yang gagal itu.

Filiz Kerestecio­glu, Ahli Parlimen dari parti pe m b a n g k a n g Pa r t i De m o k r a t i k Ra k y a t (H D P ) me n g u l a s : “Menurut kerajaan, semua pembangkan­g adalah teroris dan hanya mereka sendiri yang bukan teroris.”

Pendakwaan juga menuduh Cumhuriyet memulakan operasi persepsi dengan matlamat melancarka­n perang tidak simetri terhadap Erdogan.

“Kewartawan­an di Turki, bukan hanya Cumhuriyet, yang sedang dibicaraka­n,” kata setiausaha agung RSF Christophe Deloire. — AFP

Banjir ‘telan’ pagoda di Myanmar

YANGON: Banjir yang se m a k i n me n i n g k a t menenggela­mkan sebuah pagoda Buddha di tengah Myanmar dan memaksa puluhan ribu penduduk berpindah dari rumah mereka, tatkala kerajaan memberi amaran hujan lebih lebat dijangkaka­n.

Rakaman dramatik yang diedarkan dalam media sosial menunjukka­n pagoda tebing sungai itu tenggelam dalam banjir di wilayah Magway sambil disaksikan orang ramai yang terkejut.

Sami Pyinnya Linkara yang mengambil rakaman tersebut berkata, pagoda tersebut musnah pada Khamis minggu lepas.

“Pagoda tersebut dibina pada 2009, jauh dari sungai.

“Tahun demi tahun tebing sungai terhakis dan kini pagoda telah tenggelam di dalam sungai,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sekurang- kurangnya dua maut dan lebih 90,000 penduduk hilang tempat tinggal akibat banjir di seluruh wilayah tengah dan selatan Myanmar bulan ini, menurut kerajaan.

Paling terjejas wilayah Magway di mana lebih 60,000 penduduk terpaksa berpindah akibat banjir. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia