Utusan Borneo (Sarawak)

GAGAL CURI KABEL, LELAKI TERSANGKUT ATAS TIANG ELEKTRIK

Tiga mangsa sempat maklum koordinat lokasi, ditemui 2.7km dari pusat kawalan SAR

- Oleh Michael Ubam

LAWAS: Meskipun pernah ditahan atas kesalahan sama, seorang lelaki tidak pernah serik selepas kegiatanny­a mencuri kabel elektrik hampir meragut nyawanya apabila tersangkut di atas tiang elektrik di kawasan loji lama hulu Trusan, malam kelmarin.

Suspek, 42, yang mempunyai dua rekod kes lampau, tersangkut di atas tiang elektrik dan gagal menyelamat­kan diri sebaik ditemui orang awam pada jam 8.50 malam.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, sepasukan bomba tiba di tempat kejadian dan suspek berjaya diturunkan dengan selamat.

“Suspek kemudianny­a ditahan dan hasil pemeriksaa­n, polis merampas sebilah parang, sepasang kasut dan sehelai baju-T di kawasan berkenaan.

“Hasil siasatan awal suspek disyaki cuba memotong wayar kabel elektrik dengan parang tetapi tidak berjaya,” katanya kepada media, semalam.

Suspek, katanya, yang mengalami kecederaan di bahagian kaki dirujuk ke hospital untuk mendapatka­n rawatan.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan salah guna dadah ditahan di Kampung Banting, malam kelmarin.

MUKAH: Kejayaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memperoleh­i kordinat lokasi membawa kepada penemuan tiga juruukur sebuah syarikat swasta yang tersesat di dalam hutan berhampira­n stesen jana kuasa Kampung Telian, Ulu Penakup dekat sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, ketiga-tiga mangsa dijumpai dalam keadaan selamat dan sihat pada jam 10.15 pagi semalam.

“Sebelum itu, ketiga-tiga mangsa dapat dihubungi dengan walkie-talkie syarikat dan mereka sempat memaklumka­n koordinat lokasi mereka walaupun tidak begitu tepat sebelum mereka kehabisan bateri peralatan radio komu-

Sebelum itu, ketiga-tiga mangsa dapat dihubungi dengan walkie-talkie syarikat dan mereka sempat memaklumka­n koordinat lokasi mereka walaupun tidak begitu tepat sebelum mereka kehabisan bateri peralatan radio komunikasi. DSP Jimmy Panyau Ketua Polis Daerah Mukah

nikasi,” katanya ketika dihubungi, pagi semalam.

Ketiga-tiga mangsa berumur antara 19 dan 41 tahun.

Katanya, koordinat lokasi yang diperolehi menjadi petunjuk arah pasukan SAR sehingga mereka berjaya ditemui pada jarak 2.7 kilometer dari Pusat Kawalan Penyelamat (PKP).

Terdahulu, Jimmy berkata, pihaknya dimaklumka­n mengenai insiden tersebut oleh pihak syarikat selepas ketigatiga mangsa gagal balik dari hutan sehingga jam 7 malam kelmarin.

Keadaan gelap di lokasi mangsa terbabit dilaporkan sesat terletak di kawasan berpaya turut dipercayai menyukarka­n lagi usaha mereka untuk mencari jalan keluar ketika itu.

Ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan selamat bersama pasukan penyelamat dan diserahkan kepada pihak majikan selepas sampai di PKP pada jam 2.12 petang semalam.

Katanya, penemuan kesemua mangsa mengakhiri operasi SAR pada jam 2.45 petang semalam.

 ??  ?? UNDANG PADAH: Suspek tersangkut di tiang elektrik di loji lama hulu Trusan, malam kelmarin.
UNDANG PADAH: Suspek tersangkut di tiang elektrik di loji lama hulu Trusan, malam kelmarin.
 ??  ?? MUJUR: Tiga juruukur swasta dijumpai di kawasan hutan Kampung Telian, Ulu Penakup pagi semalam.
MUJUR: Tiga juruukur swasta dijumpai di kawasan hutan Kampung Telian, Ulu Penakup pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia