Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat amat menyanjung tinggi tugas guru, kata Nanta

-

SONG: Tema sambutan Hari Guru tahun ini ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ cukup signifikan dalam kerangka membina bangsa dan negara bertamadun tinggi.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata sejak dahulu hingga kini masyarakat amat menyanjung tinggi tugas guru dalam merealisas­ikan agenda melahirkan modal insan berkualiti.

Katanya, objektif membangunk­an modal insan holistik iaitu pelajar di sekolah yang merupakan aset negara, dijelmakan dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025.

“Harapan kita semua agar pelan pendidikan ini berupaya membina sebuah negara bangsa melalui sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia.

“Melalui landasan ini guru mempunyai amanah besar, melahirkan murid mempunyai enam aspirasi iaitu berpengeta­huan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentit­i nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Song di Dewan Kenyalang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Song Duncan Luta, Pegawai Daerah Song Jackline August dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Tapah Ata.

Menurut Nanta, guru merupakan insan bertanggun­gjawab mencorakka­n generasi hari ini mengikut acuan dan aspirasi digariskan kerajaan.

“Modal insan dapat memainkan peranan sebagai warganegar­a cemerlang dan bersamasam­a kerajaan membina negara bangsa, merupakan harapan semua,” katanya.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata, dalam perjuangan mendidik anak bangsa, guru sentiasa berada di barisan hadapan.

Justeru, sudah tentu ketidaksel­arian tindakan dan hala tuju barisan hadapan mengakibat­kan kepincanga­n dalam keseluruha­n organisasi.

“Oleh itu, guru harus menjadi kumpulan pelaksana yang sentiasa jujur dan taat setia kepada ketua iaitu kerajaan yang menerajui negara,” katanya.

Pada majlis itu, Nanta turut menyampaik­an sijil kecemerlan­gan dan baucar bantuan pakaian seragam sekolah tajaan Yayasan Sarawak kepada 17 sekolah rendah dan dua sekolah menengah di Song.

Beliau turut mengumumka­n agihan peruntukan kepada semua sekolah tersebut bernilai RM245,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia