Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan dapat manfaat daripada Industri 4.0

-

GEORGE TOWN: Malaysia akan mendapat manfaat daripada era baharu pengkomput­eran pengilanga­n yang dikenali sebagai Revolusi Pengindust­rian Keempat ( Industri 4.0), berikutan jangkaan peningkata­n dalam pelaburan langsung asing dan domestik.

M e n t e r i P e r d a g a n - gan Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, banyak syarikat terutamany­a perusahaan multinasio­nal telah berhijrah ke Industri 4.0 untuk meningkatk­an produktivi­ti mereka.

Beliau dalam gesaan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk bertindak cepat dan memakai teknologi-teknologi terbaharu ini, berkata, pengunaann­ya akan membuka lebih banyak peluang melalui model perniagaan yang cekap: “Kita menjangkak­an pelaburan yang lebih tinggi daripada syarikat-syarikat tempatan dan luar negara sepanjang tempoh pemindahan ke Industri 4.0.

“Saya percaya kita boleh memenuhi sasaran pelaburan diluluskan sebanyak RM55 bilion dalam sektor pengi- langan untuk 2017,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Rantaian Bekalan untuk Wilayah Utara di Pusat Pembanguna­n Kemahiran Pulau Pinang di sini kelmarin.

Dalam satu laporan sebelum ini, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata mereka telah menetapkan sasaran kelulusan pelaburan yang lebih rendah bagi 2017, iaitu RM55 bilion untuk pengilanga­n dan RM75 bilion bagi perkhidmat­an, termasuk hartanah, berikutan pengaruh ketidakten­tuan dari luar.

Menurut Ong, bagaimanap­un, Malaysia mempunyai asas perkilanga­n kukuh, dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam sektor pembuatan sejak syarikatsy­arikat yang terkenal di dunia menjejakka­n kaki di negaraa ini pada awal tahun 1970-an.

Sejak 20 tahun lepas, sektor pengilanga­n Malaysia telah pun menggunaka­n sistem robotik dalam barisan pengeluara­n, kejurutera­an ketepatan dan proses kawalan komputer. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUKA MAJLIS: Ong menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Rantaian Bekalan untuk Wilayah Utara di Pusat Pembanguna­n Kemahiran Pulau Pinang di George Town, kelmarin.
— Gambar Bernama PEMBUKA MAJLIS: Ong menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Rantaian Bekalan untuk Wilayah Utara di Pusat Pembanguna­n Kemahiran Pulau Pinang di George Town, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia