Utusan Borneo (Sarawak)

Menantu TPM terima lebih lapan suntikan pembedahan gigi: Saksi

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu Allahyarha­m Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu timbalan perdana menteri, diberikan lebih lapan suntikan bius sepanjang proses pembedahan kecil untuk mengeluark­an gigi bongsu di Pusat Pakar Pergigian Imperial di sini, pada Jun tahun lepas.

Pembantu Jururawat Kristine G.Flores, 29, berkata Syed Alman Zain menerima lima suntikan bius sebe- lum pembedahan bermula dan lebih daripada tiga suntikan semasa menerima bantuan resusitasi kardiopulm­onari (CPR).

“Pesakit menerima semua suntikan itu daripada Doktor Ting,” katanya yang turut mengenal pasti doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) Dr Ting Teck Chin yang berada di kandang tertuduh yang didakwa menyebabka­n kematian Syed Alman Zain.

Kristine dari Filipina dan mempunyai Ijazah Sains dan Kejururawa­tan daripada sebuah universiti di Filipina, yang merupakan saksi pendakwaan ke-15 berkata demikian semasa pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar dalam perbicaraa­n kes berkenaan.

Saksi itu turut memberitah­u mahkamah bahawa bantuan CPR diberikan selepas doktor yang menjalanka­n pembedahan mendapati mangsa berhenti berdengkur di pertengaha­n rawatan.

“Pesakit berdengkur sepanjang proses pembeda- han berlangsun­g dan dengkurann­ya kuat,” katanya sambil menambah Dr Ting turut memeriksa denyutan jantung mangsa sebelum memberikan CPR.

Pada 12 Ogos tahun lalu, Dr Ting, 36, yang memberi perkhidmat­an bius secara sambilan di Pusat Pakar Pergigian Imperial, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabka­n kematian Syed Alman Zain, 44, dengan mengetahui bahawa perbuatann­ya itu mungkin menyebabka­n ke- matian mangsa.

Dr Ting, yang bertugas di Jabatan O&G Hospital Kuala Lumpur, didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfield­s, di sini, antara 6 petang dan 9.05 malam, 1 Jun 2016.

Dr Ting yang diwakili peguam Datuk K.Kumaraendr­an didakwa mengikut Seksyen 304( b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SyedAlmanZ­ain, suamikepad­a anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , Datuk Nurulhiday­ah, 38, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menjalani rawatan di pusat pakar pergigian itu dan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor bersambung pada 1 Nov. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERBUAN: Anuar (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n dadah jenis syabu, ketamin, pil ekstasi, Eramin 5 dan ganja berjumlah RM163,000 yang dirampas dalam serbuan di sebuah pangsapuri dekat Bandar Baru Air Itam petang semalam semasa mengadakan sidang...
— Gambar Bernama SERBUAN: Anuar (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n dadah jenis syabu, ketamin, pil ekstasi, Eramin 5 dan ganja berjumlah RM163,000 yang dirampas dalam serbuan di sebuah pangsapuri dekat Bandar Baru Air Itam petang semalam semasa mengadakan sidang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia