Utusan Borneo (Sarawak)

Isuzu menyumbang trak kepada PBSM

-

KUCHING: Isuzu Malaysia menyumbang sebuah trak Isuzu N-Series 5,000 kilogram kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) baru-baru ini.

Kunci trak itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka kepada Setiausaha Agung PBSM Malaysia, Datuk Sayed A. Rahman Sayed Mohd.

Kenji turut melahirkan harapan agar sumbangan itu dapat meningkatk­an lagi kecekapan persatuan tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Persediaan yang mantap boleh memberi kesan besar ketika berdepan dengan bencana alam.

“Dengan menyumbang sebuah trak efisien dan antara yang paling boleh dipercayai di pasaran sekarang kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, kami dari Isuzu berharap dapat menyumbang­kan sesuatu kepada persatuan sukarela dalam memberi inisiatif terbaik untuk membantu mangsa bencana alam,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kenderaan itu dilihat se- bagai satu keperluan bagi memudahkan pergerakan persatuan khususnya apabila musim tengkujuh melanda negara pada hujung tahun sebagai persediaan menghadapi banjir, yang menjejaska­n ribuan penduduk khususnya di negeri-negeri pantai timur di Semenanjun­g Malaysia.

Bagi membantu ahli-ahli sukarelawa­n meneruskan operasi menyelamat, mereka memerlukan kenderaan seperti bot, kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan lori untuk memindahka­n barang, mengagihka­n barang-barang keperluan dan bekalan lain di mana perlu dilakukan secara sistematik dan pantas.

Malah dalam keadaan tertentu, pasukan sukarelawa­n dan kenderaan peribadi diperlukan untuk membantu apabila kawasan yang terjejas menjadi semakin parah.

Trak lori Isuzu N-Series 5,000kg daripada Isuzu Malaysia itu dilengkapi badan kotak beralumini­um yang disumbangk­an oleh Sri Hoong Huat Auto Trading Sdn Bhd (LEW’s), iaitu salah sebuah syarikat pembina badan trak utama di Malaysia.

 ??  ?? TINGKATKAN KECEKAPAN: Kenji (lima kiri) menyerahka­n kunci replika untuk trak Isuzu kepada Pengerusi PBSM Pahang, Datuk Ismail Mat Noor.
TINGKATKAN KECEKAPAN: Kenji (lima kiri) menyerahka­n kunci replika untuk trak Isuzu kepada Pengerusi PBSM Pahang, Datuk Ismail Mat Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia