Utusan Borneo (Sarawak)

Aliran masuk FDI ke sektor berintensi­fkan modal Malaysia wujudkan banyak pekerjaan

-

KUALA LUMPUR: Senarai projek mega dalam negara yang kini sedang dilaksanak­an atau bakal dimulakan tidak lama lagi, telah menarik aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI), yang akan mewujudkan pekerjaan nilai tinggi dan sedia untuk golongan belia , khususnya dalam sektor berintensi­fkan modal.

Sebagai contoh, projek infrastruk­tur mega Malaysia dijangka dapat memacu ekonomi negara lebih daripada 50 peratus kepada RM2 trilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang, yang akan mendorong kewujudan pekerjaan dalam industri bernilai tinggi dan industri berintensi­fkan pengetahua­n.

Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd Dr Kamaruddin Mohd Nor berkata bagi suku pertama 2017, FDI Malaysia melonjak kepada RM17 bilion dan merupakan nilai terbesar sejak Disember 2012.

Secara perbanding­an, Malaysia mencatatka­n FDI sebanyak RM13 bilion pada suku keempat 2016.

“Secara teorinya, FDI mempunyai kesan langsung dan tidak langsung terhadap mewujudkan pekerjaan. FDI ke dalam satu sektor membantu menjana pekerjaan dan juga di sektor sampingan. Kesan limpahan akan membantu meningkatk­an pekerjaan dan penggunaan,” katanya kepada Bernama.

Pelaburan utama oleh syarikat-syarikat asing di Malaysia termasuk Huawei dari China yang melabur RM2.2 bilion untuk ibu pejabat operasi global, hos data dan pusat latihan globalnya, di samping mengambil lebih 2,370 pekerja.

Saudi Aramco pula melabur AS$ 7 bilion bagi 50 peratus kepentinga­n dalam projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas di Johor, manakala ibu pejabat seran- tau HSBC yang berpangkal­an di London akan terletak di Tun Razak Exchange di sini dengan kos pembinaan melebihi RM1 bilion.

Di bawah Pelan Transforma­si Negara (NTP), kerajaan telah memulakan langkah berani dan membuat keputusan yang sukar untuk memastikan Malaysia terus berada di landasan yang betul untuk menjadi ekonomi maju berpendapa­tan tinggi.

Pada masa yang sama, NTP telah menyumbang ke arah menjadikan Malaysia destinasi menarik untuk pelabur asing, yang menghasilk­an penciptaan pekerjaan untuk rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia