Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah BNM berjaya stabilkan ringgit

-

KUALA LUMPUR: Langkah yang dilaksanak­an oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak Disember lepas bagi menyokong ringgit terbukti berjaya, kata Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim said.

Beliau berkata ini termasuk dapat mengurangk­an sehingga separuh kadar ketidakten­tuan bulanan selain memulihkan tukaran asing dalam negeri kepada paras purata harian yang lebih stabil sebanyak AS$ 10 bilion iaitu peningkata­n sebanyak 1.25 kali berbanding tempoh sebelum pelaksanaa­n langkah itu.

“Tujuh bulan lepas, kita mengambil langkah pragmatik dan pantas dengan melaksanak­an pendekatan membabitka­n perkembang­an tukaran asing bagi tujuan menstabilk­annya.

“Saya amat gembira untuk menyatakan bahawa langkah-langkah ini terbukti berjaya,” katanya ketika berucap di persidanga­n Invest Malaysia Kuala Lumpur 2017 di sini, semalam.

Persidanga­n dua hari yang berakhir semalam, merupakan acara tahunan utama yang mengetenga­hkan kepelbagai­an dan kekukuhan pasaran modal Malaysia.

J e l a s M u h a m m a d , antara langkah itu termasuk menetapkan supaya pengekspor­t menyimpan sehingga 25 peratus hasil perolehan eksport mereka dalam mata wang asing bagi menangani usaha mengimbang­i penawaran dan permintaan terhadap ringgit.

“Ideanya adalah bagi memastikan penawaran dan permintaan ringgit itu dapat dijajarkan,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga sentiasa terbuka, mesra serta adil kepada pelabur asing yang merupakan rakan utama dalam pertumbuha­n ekonomi negara ini.

“Pelabur asing telah memberi sumbangan penting terhadap pertumbuha­n sektor pembuatan Malaysia, mewujudkan peluang pekerjaan serta hab-hab ekonomi,” katanya.

Muhammad berkata, pelaburan asing di negara in turut menghasilk­an pulangan signifikan untuk pelabur iaitu pada purata 13 peratus – antara tertinggi di Malaysia dan lebih tinggi berbanding pertumbuha­n nominal keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 7.7 peratus.

“Jelas sekali, Malaysia menjadi pusat (menjana) keuntungan serantau apabila pelaburan itu dilindungi serta beroperasi dalam persekitar­an yang kondusif,” katanya.

Beliau menegaskan Malaysia juga tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap pemindahan keluar keuntungan yang membolehka­n pelabur mengalihka­nnya secara bebas, termasuk ketika waktu-waktu sukar.

M u h a m m a d b e r k a - ta prospek pertumbuha­n jangka panjang Malaysia juga kekal memberangs­angkan dan diperkukuh­kan oleh kewujudan faktor semula jadi seperti aliran domestik semasa dan dasar, pertimbang­an dan tindakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia