Utusan Borneo (Sarawak)

Hutan hangus, Perancis seru bantuan Eropah

Lebih 10,000 penduduk dipindahka­n tatkala kebakaran merebak ke pulau-pulau mewah

-

MARSEILLE: Sekurangku­rangnya 10,000 orang dipindahka­n pada waktu malam setelah kebakaran belantara baharu berlaku di selatan Perancis, yang sudah pun berusaha untuk memadamkan kebakaran besar-besaran yang telah memusnahka­n beberapa kawasan hutan, kata pihak berkuasa semalam.

Kebakaran baharu berlaku sehari setelah Perancis meminta bantuan Eropah untuk memadam kebakaran yang sudah mengganas di selatan yang kering kontang, termasuk berhampira­n pusat peranginan mewah SaintTrope­z.

“Evakuasi itu, sekurangku­rangnya 10,000, menyusuli kemajuan kebakaran. Ia adalah sebuah kawasan yang mempunyai populasi yang meningkat dua kali atau tiga kali ganda pada musim panas,” kata seorang pegawai jabatan bomba mengenai kebakaran yang berlaku berhampira­n Bormes- les- Mimosas di pantai Mediterran­ean.

Jumlah orang di Cote d’Azur, Perancis, meningkat pada Julai dan Ogos apabila orang yang bercuti pergi ke pantai, walaupun kawasan itu mengalami musim panas yang luar biasa panas dan kering sehingga mendedahka­nnya kepada kebakaran.

Kelmarin lebih 4,000 anggota bomba dan tentera dengan bantuan 19 pesawat pengebom air sudah digerakkan untuk memadamkan kebakaran, yang sudah merentungk­an kawasan bumi yang luas.

Sekurang- kurangnya 12 anggota bomba cedera dan 15 anggota polis terjejas kerana terhidu asap sejak kebakaran berlaku Isnin lepas, menurut pihak berkuasa tempatan.

Kebakaran kelmarin memusnahka­n kira-kira 4,000 hektar tanah di sepanjang pantai Mediterran­ean, dalam kawasan pedalaman yang bergunung-ganang, dan di pulau Corsica.

Denganribu­tkuatdanse­mak kering yang menghasilk­an campuranbe­rbahaya, kerajaan meminta rakan- rakannya dalam Kesatuan Eropah ( EU) untuk menghantar dua pesawat memadam api tambahan, satu permintaan yang ditunaikan segera Itali, menurut EU.

Namun seorang pegawai kesatuan mengecam apa yang dia sebut sebagai kekurangan alat ganti yang menghalang semua pesawat yang diperlukan untuk beraksi.

Menteri Dalam Negeri Gerard Collomb kelmarin mengumumka­n Perancis akan menambah enam lagi pesawat memadam api kepada armadanya dalam satu lawatan ke Corsica.

Kebakaran di La CroixValme­r berhampira­n SaintTrope­z,pusatperan­ginanyang kerap dikunjungi golongan kaya dan terkenal, sudah terkawal, kata ketua bomba tempatan Philippe Gambe de Vergnes kelmarin.

Namun kebakaran sudah memusnahka­n 400 hektar hutan pantai dalam sebuah kawasan yang dipenuhi rumah, katanya. Lebih 200 orang terpaksa dipindahka­n dari kawasan tersebut.

Timbalan Datuk Bandar La Croix- Valmer, Rene Carandante, menceritak­an tentang landskap tanjung tinggi yang hitam dan menyedihka­n dan dikeliling­i pain payung yang rentung, di mana hutan hijau pernah melingkari perairan Laut Mediterran­ean berwarna biru langit.

“Ia adalah kawasan bencana. Tidak ada apa- apa yang tinggal,” katanya.

Francois Fouchier, dari kumpulan pemulihara­an p a n t a i t e m p a t a n , memberitah­u AFP hidupan liar tempatan, seperti kurakura Hermann, akan menjadi mangsa kebakaran itu.

Kira-kira 80 kilometer ke pedalaman, 300 hektar pokok pain dan oak musnah dijilat api berhampira­n perkampung­an Saint- Maximin- la- SainteBaum­e.

Pulau Corsica di Perancis, yang terletak di bahagian tengah antara Perancis dan Itali, turut menilai kerosakan.

Pada akhirnya, bencana berjaya dielak setelah ribut reda, tetapi kebakaran memusnahka­n 1,800 hektar hutan dan membakar beberapa kenderaan.

Lebih jauh di timur, di Carros, ke utara Nice, sebuah rumah, tiga kenderaan dan sebuah gudang musnah dijilat api, menurut pihak berkuasa tempatan.

Bercakap kepada radio France Info, Datuk Bandar Charles Scibetta menceritak­an bagaimana beliau bangun dan melihat landskap ala bulan dan berkata penduduk di sana bernasib baik dapat menyelamat­kan diri.

“Seluruh Perancis sedang digerakkan,” kata ketua jabatan bomba di tenggara Perancis, Kolonel Gregory Allione kepada France Info, yang menambah anggota bomba tambahan sudah dikerahkan dari utara.

Pada pertengaha­n Julai, kebakaran yang dipercayai dicetuskan oleh puntung rokok yang dibuang keluar dari kereta memusnahka­n 800 hektar tanah berhampira­n Aix-en-Provence. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Pelancong yang berkelah di tepi pantai terpaku melihat kebakaran hutan di La Croix-Valmer dekat Saint-Tropez, kelmarin.
— Gambar AFP MUSNAH: Pelancong yang berkelah di tepi pantai terpaku melihat kebakaran hutan di La Croix-Valmer dekat Saint-Tropez, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia