Utusan Borneo (Sarawak)

Sekatan baharu terhadap Rusia, Iran, Korea Utara

-

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa meluluskan rang undang-undang untuk mengenakan sekatan baharu lebih ketat terhadap Rusia, Iran dan Korea Utara.

Rang undang- undang itu disokong 419 anggota perwakilan dan hanya tiga tidak bersetuju, lapor agensi berita China Xinhua.

Sokongan memberangs­angkan terhadap rang u n d a n g - u n d a n g i t u , membolehka­n Dewan Perwakilan mengatasi kuasa veto presiden.

Langkah itu, bertujuan sebagai tindak balas ke atas Rusia yang didakwa masuk campur dalam urusan pilihan raya presiden AS 2016 manakala sekatan terhadap Iran dan Korea Utara pula kerana program senjata dijalankan kedua-dua negara .

Di samping mengenakan sekatan lebih ketat kepada tiga negara berkenaan, rang undang- undang itu juga memberi kuasa untuk menghalang Presiden Donald Trump melonggark­an sekatan terhadap Rusia.

Ia susulan pentadbira­n Trump yang mahu para perwakilan memberi kelonggara­n kepada Rumah Putih dalam perkara berhubung kait dengan Rusia.

Di bawah rang undangunda­ng itu, Kongres mempunyai kuasa menyekat sebarang keputusan Presiden sekiranya terdapatus­ahauntukme­mbuat sebarang perubahan ketara ke atas dasar luar AS berkaitan Rusia.

Isyarat awal Rumah Putih menunjukka­n Presiden Donald Trump bersetuju dengan undang- undang baharu itu meskipun menunjukka­n rasa tidak senang pada peringkat awal.

“Kami menyokong undang-undang itu dan akan terus bekerjasam­a dengan Dewan dan Senat untuk melaksanak­an sekatan ke atas Rusia,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih baharu dilantik Sarah Huckabee Sanders. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia