Utusan Borneo (Sarawak)

Warga M’sia wajar dikecuali Cukai Pelanconga­n

Ia memang seperti diharapkan sejak permulaan cadangan pelaksanaa­n cukai ini: Karim

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Tindakan kerajaan pusat mengecuali­kan warga Malaysia daripada dikenakan Cukai Pelanconga­n (TT) adalah wajar dan menggambar­kan keprihatin­an kepada pandangan rakyat.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia sememangny­a apa yang diharapkan sejak permulaan cadangan pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n, iaitu mendapatka­n pandangan pemain industri serta mengkaji negara lain yang mempunyai cukai sama.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan dan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan kerana sudah sensitif dengan pandangan rakyat serta dilihat merupakan satu berita gembira kepada rakyat Malaysia.

“Sementara itu jumlah RM10 yang dikenakan kepada pelancong asing yang menginap di mana- mana hotel bertaraf satu bintang hingga lima bintang, adalah jumlah yang kecil,” katanya pada sidang media di sini, malam kelmarin.

Tambah Karim, jumlah itu agak kecil jika ditukar kepada mata wang asing mereka sebagai contoh RM10 kepada dolar Amerika Syarikat hanya AS$2.

Namun katanya, dari segi kadar kutipan, beliau berharap ia dapat dikumpul mengikut purata yang baik dan digunakan untuk tujuan mempromosi­kan pelanconga­n.

Ditanya mengenai kesediaan Sarawak untuk melaksanak­an Cukai Pelanconga­n, Karim berkata ia adalah hak kerajaan pusat mela- lui agensi bertanggun­gjawab iaitu Jabatan Kastam untuk mengenakan cukai.

“Cadangan pelaksanaa­n cukai sentiasa berubah dan saya berharap kali ini ia keputusan muktamad kerana kita tidak mahu menambah beban rakyat yang telah dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST),” katanya.

Sementara itu pada Rabu lepas, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tidak akan dikenakan Cukai Pelanconga­n apabila cukai tersebut dilaksanak­an kelak.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat oleh kerajaan setelah mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak.

“Kerajaan telah memutuskan supaya Cukai Pelanconga­n tidak dikenakan ke atas rakyat Malaysia yang menginap di semua jenis premis penginapan, iaitu dari lima bintang ke tiada bintang dan ini menujukkan kerajaan peka terhadap kebimbanga­n rakyat, terutama mereka yang berpendapa­tan rendah dan sederhana,” kata Nazri.

Berhubung isu lain, Karim berkata kementeria­n bersedia menghadapi apa sahaja impak yang berlaku kepada industri pelanconga­n akibat daripada wabak rabies di Sarawak.

Bagaimanap­un ujarnya, sehingga kini keadaan wabak berkenaan masih terkawal dan ia tidak tersebar luas di luar negara atau rantau ini.

“Saya berasakan ia tidak begitu tersebar ke luar negara atau rantau ini sehingga menjadi epidemik yang memberi ketakutan kepada pelancong datang dan saya berasakan ia tidak memberi impak banyak kerana kes sebegini adalah bersifat lokaliti di kawasan tertentu,” ujarnya.

Kata beliau apa yang penting kini adalah diharap wabak dapat dikawal dan tidak merebak terlalu jauh selain berharap tiada kes baharu melibatkan manusia.

Kita berterima kasih kepada kerajaan dan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan kerana sudah sensitif dengan pandangan rakyat serta dilihat merupakan satu berita gembira kepada rakyat Malaysia. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ?? JALIN KERJASAMA: Fatimah ditemani Rosey (kanan) dan Dirwana (kiri) mengadakan sidang media selepas lawatan kerja rasminya di pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sarawak semalam.
JALIN KERJASAMA: Fatimah ditemani Rosey (kanan) dan Dirwana (kiri) mengadakan sidang media selepas lawatan kerja rasminya di pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia