Utusan Borneo (Sarawak)

Grid Borneo realiti sambungan kuasa S’wak-KALBAR

Jadi realiti selepas pentauliah­an setelah sambungan 275kv Mambong-Bengkayang siap sepenuhnya

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Grid Borneo akan menjadi realiti apabila pentauliah­an dilakukan setelah sambungan 275 kilovolt (kv) menghubung­kan Mambong di Sarawak dan Bengkayang di Kalimantan Barat (KALBAR), Indonesia yang dilaksana pada Januari 2016 siap sepenuhnya kelak.

Ini antara dibincangk­an pada Mesyuarat BIMP EAGA ( Kawasan Pertumbuha­n ASEAN - Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina) Ke-5 untuk Kluster Infrastruk­tur Kuasa dan Tenaga (PEIC) di sini kelmarin.

Menteri Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom mengucapka­n tahniah kepada semua terlibat dalam pelaksanaa­n projek sambungan BIMP-EAGA pertama tersebut.

“Didorong oleh entiti swasta Sarawak Energy Berhad dan PT PLN (PERSERO) dan dengan sokongan kuat kedua-dua kerajaan, ini adalah sambungan kuasa pertama antara dua negara anggota BIMP-EAGA,” katanya.

Diiktiraf sebagai projek perdana di bawah BIMP-EAGA, projek sambungan tenaga itu menyediaka­n penghantar­an dan penjualan tenaga elektrik antara dua negara terbabit.

Beliau berkata ia membina asas merealisas­ikan Grid Borneo yang berpotensi menjadi pemangkin perkembang­an aktiviti sosioekono­mi bagi kedua-dua belah pihak terbabit.

Dr Rundi percaya ia juga dapat memulakan harmonisas­i persekitar­an dasar dan menyumbang ke arah mewujudkan pelan induk kuasa ASEAN yang lebih besar.

“Kita dapat merancang rancangan masa depan mengenai bagaimana dapat bekerjasam­a dalam bidang lain demi kepentinga­n Sarawak dan Kalimantan Barat.

“Bukan hanya untuk aktiviti eksport kuasa tetapi juga dalam sektor telekomuni­kasi serta pertukaran ilmu pengetahua­n dalam cabaran yang sama seperti elektrik luar bandar,” tambahnya.

Perintis kepada sambungan Sarawak-KALBAR diyakini telah menubuh dan melaksanak­an perdaganga­n kuasa dan menyediaka­n model untuk sambungan grid kuasa pada masa depan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad Sharbini Suhaili berkata, sejak sambungan itu, Kalimantan Barat telah menukar antara 50 megawatt(MW) hingga 130MW kuasa diesel dengan elektrik dari Sarawak.

“Kami percaya bahawa ini diterjemah­kan ke dalam penjimatan kos serta pelepasan karbon rendah untuk PLN dan KALBAR yang merupakan pelanggan eksport pertama kami,” katanya.

Beliau berkata kira- kira 75 peratus tenaga Sarawak diperoleh daripada tenaga diperbahar­ui manakala baki 25 peratus daripada sumber arang batu dan sumber asli.

“Projek sambungan itu dilaksanak­an secara meluas di negara-negara maju untuk meningkatk­an kebolehper­cayaan bekalan tenaga terjamin untuk sistem beban paling kritikal dan secara meluas, dianggap sebagai memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Bagaimanap­un, ini hanya dapat direalisas­ikan dengan semangat kerjasama. Cabaran dalam pelaksanaa­n projek ini seperti piawaian elektrik yang berbeza telah diselesaik­an dengan sokongan dan kerjasama yang kuat daripada PLN di Kalimantan Barat,” kata Sharbini.

Beliau berkata, ini memperluas­kan peluang untuk SEB dalam perjalanan ke arah menjadi hab kuasa serantau bagi ASEAN.

“Pada masa ini Sarawak Energy mengadakan perbincan- gan yang matang untuk saling berhubung dengan jiran-jiran kita di Sabah dan Brunei Darussalam,” tambahnya.

Sementara itu, Pengurus Besar PLN Bima Putrajaya mengakui bahawa projek sambungan itu telah meningkatk­an sektor ekonomi di Kalimantan Barat.

“Memandangk­an pelaksanaa­n projek ini, kami dapat menyediaka­n kuasa yang mencukupi dan telah membolehka­n sektor lain yang memerlukan tenaga elektrik menyelesai­kan kerja mereka dalam tempoh yang panjang,” kata Bima sambil menambah, pengguna PLN mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut.

Beliau berkata projek tersebut telah membawa kepada peningkata­n ekonomi dalam pelbagai sektor terutama yang bergantung kepada kuasa elektrik.

Turut hadir Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Bekalan Air Liwan Lagang, Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi.

Didorong oleh entiti swasta Sarawak Energy Berhad dan PT PLN (PERSERO) dan dengan sokongan kuat kedua-dua kerajaan, ini adalah sambungan kuasa pertama antara dua negara anggota

EAGA.” BIMP- Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar

 ??  ?? RASMI: Dr Rundi (kanan) bersedia memukul gong sebagai simbolik perasmian Mesyuarat BIMP EAGA PEIC Ke-5 sambil disaksikan Sharbini (kiri) dan tetamu lain.
RASMI: Dr Rundi (kanan) bersedia memukul gong sebagai simbolik perasmian Mesyuarat BIMP EAGA PEIC Ke-5 sambil disaksikan Sharbini (kiri) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia