Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil langkah pencegahan jika digigit haiwan disyaki dijangkiti rabies

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan menguat kuasa dan menjalanka­n operasi penangkapa­n anjing terbiar di seluruh bandar Bintulu.

Pengurus Kanan (Bahagian Perkhidmat­an Perbandara­n) Abdul Wahab Hashim Bujang dalam kenyataan di sini berkata, pemilik haiwan peliharaan itu diminta memastikan haiwan peliharaan dikurung dalam kandang, diikat atau diletak dalam kawasan berpagar bagi mengelak ia merayau-rayau di tempat awam.

“Anjing dilepaskan atau dibiar merayu-rayau di tempat awam tanpa kawalan dianggap anjing terbiar dan akan ditangkap tanpa sebarang kompromi. Sebarang tuntutan ke atas anjing yang telah ditangkap tidak akan dilayani,” tegasnya.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Seksyen Kesihatan dan Sanitasi di Pejabat Perkhidmat­an Perbandara­n ( PERBINDA) BDA, sama ada datang sendiri atau menghubung­i talian

086- 332662/ 332266 atas SMS Hotline 013-8362277. KUCHING: Orang ramai dinasihati terus mengambil langkah pencegahan jika digigit haiwan yang disyaki dijangkiti rabies.

Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan akhbarnya semalam menyatakan, antara langkah pencegahan harus diambil ialah mencuci luka gigitan secepat mungkin dengan sabun atau detergen selama lima hingga 10 minit kemudian dicuci dengan air bersih yang mengalir.

Kemudian sapukan luka yang telah dibersihka­n dengan 70 peratus etanol atau laruran iodine, seterusnya mendapatka­n rawatan di klinik atau hospital berdekatan dengan segera dan pelalian vaksin antirabies hanya diberi kepada pesakit bergantung kepada hasil pemeriksaa­n doktor.

JPBN juga memaklumka­n bahawa Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) akan meneruskan program pemvaksina­n, survelan, kempen kesedaran dan penyiasata­n kes-kes aduan berkaitan wabak penyakit rabies di kawasan yang terlibat sebagai langkah mengawal penularan wabak tersebut.

Setakat semalam bilangan haiwan kesayangan yang telah divaksin berjumlah 143 anjing dan daripada jumlah keseluruha­n 18,287, 10, 647 daripadany­a adalah anjing, kucing 7,595 dan lain-lain 45.

JPVS setakat ini, telah mengadakan 121 kempen kesedaran mengenai wabak rabies di kampung dan sekolah di kawasan terlibat yang dihadiri 25,682 peserta.

Sementara itu Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak memaklumka­n bahawa sebanyak 56 kes gigitan telah dilaporkan semalam iaitu Serian 14 kes, Kuching 38, Sri Aman dan Samarahan masing-masing dua kes.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku sejak 1 April 2017 hingga semalam berjumlah 1,016 kes.

Semalam juga sebanyak 41 kes gigitan telah diberi suntikan vaksinasi antirabies dos pertama dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 624 kes.

PVS memohon kerjasama daripada semua pihak yang haiwan mereka telah divaksinas­i agar mengurung dan memerhati tingkah laku haiwan masingmasi­ng.

Sekiranya terdapat perubahan sikap daripada jinak kepada ganas, menggigit sebarang benda bergerak, takut air dan cahaya, menyendiri, air liur berlebihan, gelisah dan agresif sila buat aduan kepada Bilik Operasi Negeri JPBN Sarawak di talian 082443991/446991 dan faksimile 082-442730.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia