Utusan Borneo (Sarawak)

‘African Scam’ tumpas, 2 lelaki Nigeria ditahan

-

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas Amerik a S y a r i k a t k e r u g i a n hampir RM1 juta selepas ditipu satu sindiket ‘African Scam’ selepas termakan pujuk rayu seorang lelaki ‘Mat Salleh kacak’ melalui laman Facebook.

T i m b a l a n P e n g a - r a h R i s i k a n d a n Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ( JSJK) Bukit Aman SAc Moh d S a k r i A r i f i n b e r k a - ta segalanya bermula apabila wanita berumur 77 tahun itu dihubungi melalui laman sosial itu Februari lepas agar melabur dalam perniagaan yang menjanjika­n pulangan lumayan.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa bekerja sebagai jurutera di Malaysia yang t e r l i b a t d e n g a n p r o j e k pembinaan jalan raya dan stesen minyak dan ini mendorong mangsa mengirimka­n wang tunai hampir RM1 juta secara kurier ke negara ini sejak Februari lepas un- tuk dilaburkan.

“Kali terakhir mangsa mengirimka­n wang kepada suspek pada 20 Julai lepas sebelum menyedari dia ditipu semasa datang ke Malaysia baru-baru ini untuk bertemu suspek bagi bertanyaka­n perkembang­an pelaburann­ya itu, namun sus- pek tidak muncul-muncul, katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata susulan laporan berkenaan polis menahan dua lelaki Nigeria di sekitar Setapak di sini, Isnin lepas.

Mohd Sakri berkata suspek pertama ditahan pada jam 4 petang di sebuah pangsapuri di Setapak dan susulan itu polis menahan seorang lagi rakannya di hadapan sebuah kedai di Jalan Genting Klang, di sini.

Katanya, suspek yang berumur 26 dan 33 tahun itu telah menetap di negara ini lebih enam tahun dan merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

“Polis turut meramp a s s e b u a h k o m p u t e r riba, telefon bimbit dan lima kad pengeluara­n wang automatik ( ATM) pelbagai bank selain wang tunai AS$59,900 (RM256,042 .55) yang dipercayai sebahagian hasil kegiatan jenayah mereka,” katanya.

M o h d S a k r i b e r k a - ta kedua- dua suspek kini direman empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Mohd Sakri ketika sidang media mengenai kejayaan operasi ‘African Scam’ di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Mohd Sakri ketika sidang media mengenai kejayaan operasi ‘African Scam’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia