Utusan Borneo (Sarawak)

SJ Team, KSRTR Gah muncul juara futsal KSRTR 2017

-

SIBU: SJ Team telah berjaya menjuarai kategori lelaki Kejohanan Futsal Kelab Sukan Rekreasi Taman Rajang (KSRTR) Sibu 2017 yang berlangsun­g di Dewan Tertutup Bukit Lima hujung minggu lepas.

SJ Team membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, medal dan piala. Manakala naib juara menjadi milik pasukan Starmanok dan ketiga bersama oleh pasukan Sibu Jaya FT dan Teku Zone.

Starmanok menerima wang tunai RM1,000, berserta medal dan piala, sementara Sibu Jaya FT dan Teku Zone masingmasi­ng menerima RM500 dan medal.

Untuk kategori wanita bawah 20 tahun, dimenangi oleh pasukan KSRTR Gah, diikuti Dragon FT ditempat kedua. Tempat ketiga bersama menjadi milik KSRTR Ori dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sukun.

“Kejohanan futsal yang berlangsun­g pada 22 dan 23 Julai ini adalah inisiatif KSRTR untuk membangun dan mencungkil bakat baharu dalam sukan futsal melalui platform Chameleon Futsal Academy Sibu (CFAS),” ujar Pengerusi KRSTR Mohd Halel Ibrahim.

Halel yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SFA) merakamkan penghargaa­n kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Robert Lau Hui Yew. Turut hadir ialah Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Assek Abang Yassin Datuk Abang Zainudin.

Dalam ucapannya, Robert Lau menyeru badanbukan kerajaan ( NGO) khususnya di Bahagian Sibu memainkan peranan supaya masyarakat setempat mempunyai pilihan untuk menyertai aktiviti luar bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berguna.

Dengan adanya NGO yang aktif, katanya, masalah sosial di kalangan masyarakat dapat dikurangka­n secara berperingk­at.

Beliau juga menyeru program seperti futsal itu dapat dianjurkan di Sibu Jaya kerana ia sudah menjadi trend terutamany­a di kalangan remaja.

“Ini bukan sekadar dapat mengurangk­an masalah sosial, malah boleh mengeratka­n hubungan silaturahi­m,” ujar Robert Lau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia