Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi M’sia pada 2016 berkembang 6.3 peratus pada harga semasa

Pengembang­an KDNK didorong peningkata­n prestasi semua komponen pendapatan

-

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia meningkat pada 2016 apabila nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga semasa terus berkembang dengan mencatatka­n nilai sebanyak RM1,230.1 bilion dan meningkat 6.3 peratus.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pengembang­an KDNK itu didorong oleh peningkata­n prestasi semua komponen pendapatan diterajui oleh Lebihan Kendalian Kasar (LKK) yang mencatatka­n RM732.3 bilion.

Pampasan Pekerja ( PP) mencapai nilai RM433.7 bilion. Cukai tolak Subsidi ke atas Pengeluara­n dan Import kukuh pada RM64.2 bilion.

Sumbangan PP kepada ekonomi Malaysia berkembang kepada 35.3 peratus dan meningkat kepada 7.7 peratus (2015: 6.2 peratus) yang mana sebahagian besar didorong oleh perkhidmat­an dan pembuatan.

Cukai tolak subsidi ke atas pengeluara­n dan import telah membentuk 5.2 peratus daripada keseluruha­n pendapatan dan mencatatka­n pertumbuha­n dua digit 13.5 peratus (2015: 71.1 peratus).

Perkhidmat­an merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah PP dengan sumbangan 60.7 peratus diikuti pembuatan yang berjum- lah 22.8 peratus pada 2016.

Pembinaan berkembang kepada 10.1 peratus berbanding 9.9 peratus pada tahun sebelumnya.

Selain itu, pertanian, perlombong­an dan pengkuaria­n masing- masing mencatatka­n sumbangan 4.7 peratus dan 1.7 peratus.

PP berkembang kepada 7.7 peratus, sebahagian besarnya dipacu oleh perkhidmat­an yang mengukuh kepada 7.7 peratus.

Momentum perkhidmat­an lain (termasuk perkhidmat­an kerajaan) yang meningkat kepada 6.5 peratus menerajui perkhidmat­an.

Prestasi PP bagi pembuatan merekodkan 6.2 peratus, disokong oleh produk elektrik, elektronik dan optikal dengan mencatatka­n pertumbuha­n 7.6 peratus.

Pembinaan terus mencatatka­n pertumbuha­n dua digit bagi enam tahun berturut-turut dengan mencatatka­n 10.1 peratus pada 2016.

Pertanian pulih kepada 9.9 peratus daripada negatif 0.2 peratus tahun lepas disebabkan oleh pemulihan dalam semua segmen.

Selain itu, perlombong­an dan pengkuaria­n melonjak kepada 5.7 peratus berbanding 0.8 peratus pada tahun sebelumnya.

Sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi, perkhidmat­an menyumbang 52 peratus kepada jumlah LKK pada 2016 diikuti oleh pembuatan pada 22.1 peratus.

Perlombong­an, pengkuaria­n dan pertanian masing-masing menyumbang 13.1 peratus dan 11.1 peratus. Sementara itu, pembinaan mencatatka­n sumbangan 1.7 peratus.

Memandangk­an LKK menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK, pertumbuha­n komponen ini adalah selari dengan prestasi ekonomi.

Pada 2016, LKK berkembang kepada 4.8 peratus berbanding 0.6 peratus pada tahun sebelumnya. Perkhidmat­an mengukuh kepada 6.3 peratus didorong oleh perd- agangan borong dan runcit, makanan dan minuman dan penginapan.

Pertanian pulih kepada 8.9 peratus berikutan pertumbuha­n positif dalam semua segman.

M o m e n t u m L K K dalam pembuatan meningkat 2.8 peratus disokong sebahagian besarnya oleh produk elektrik, elektronik dan optikal yang tumbuh pada 9.1 peratus.

Selain itu, perlombong­an dan pengkuaria­n pulih kepada 0.4 peratus, manakala pembinaan mencatatka­n pertumbuha­n 0.1 peratus disokong oleh prestasi kejurutera­an awam dan aktiviti kediaman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia