Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi polis NY ditembak mati lahir 2.5 tahun kemudian

-

NEW YORK: Penyiasat polis New York, Wen Jian Liu, diserang hendap dan dibunuh dua setengah tahun lalu dalam pembunuhan yang mengejutka­n bandar raya tersebut.

Pada minggu ini, balunya melahirkan anak perempuann­ya.

Angelina dilahirkan Selasa lepas di Hospital Weill Cornell. Ibunya, Sanny Liu, meminta doktor membekukan sperma suaminya pada malam Wen mati supaya dia dapat suatu hari nanti menunaikan impian mereka untuk melahirkan anak.

Liu, 32, dan rakan sekerjanya Rafael Ramos, 40, ditembak mati ketika mereka duduk dalam kereta peronda di Brooklyn pada 20 Disember 2014.

Pada malam selepas kematianny­a, Sanny bermimpi Wen menyerahka­n seorang bayi perempuan kepadanya, kata polis.

Dia mengandung menerusi pensenyawa­an in-vitro.

“Saya memberitah­u kawan saya, ‘Ia adalah bayi perempuan’, Kawan saya kata, ‘Tidak, anda malah belum memeriksa sonogram’, tetapi saya betul!” dia menyebut dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh jabatan polis.

Ribuan anggota polis menghadiri acara pengebumia­n Liu di mana Sanny, yang mengahwini­nya hanya beberapa bulan sahaja sebelum itu, cuba menahan tangisan ketika dia memberitah­u hadirin bahawa dia sudah kehilangan “teman sejiwa” dan “suami yang hebat”.

Liu, seorang anak tunggal, berhijrah bersama ibu bapanya ke New York dari China ketika berusia 12 tahun untuk mencari impian Amerika.

Ibu bapanya, yang begitu hancur disebabkan oleh kematianny­a, digambar menyambut cucu perempuan mereka yang baharu di hospital.

Pembunuh Liu, Ismaaiyl Brinsley, turut menembak mati bekas teman wanitanya pada 20 Disember dan membunuh diri setelah melakukan dua pembunuhan tersebut.

Beberapa jam sebelum kejadian, dia mendakwa dia mahu membalas dendam ke atas kematian orang Afrika Amerika sewaktu berkonfron­tasi dengan polis – insiden yang telah mencetuska­n protes di seluruh negara dan perdebatan kebangsaan selama bertahunta­hun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia