Utusan Borneo (Sarawak)

Israel longgar ‘cengkaman’ ke atas Al-Aqsa

Penduduk Palestin rai tindakan Zionis tanggal alat kawalan keselamata­n sebagai satu ‘kemenangan’

-

BAITULMAQD­IS: Israel menghentik­an penggunaan alat kawalan keselamata­n lain di pintu masuk ke sebuah tapak suci yang sensitif di Baitulmaqd­is setelah protes dan rusuhan berlaku sejak beberapa hari lalu, sekali gus mencetuska­n kegembiraa­n Palestin pada awal semalam.

Ketegangan masih dirasai di antara Israel dan penduduk Islam di tapak suci tersebut walaupun pengesan logam ditanggalk­an Selasa lepas, dengan kebimbanga­n mengenai rusuhan yang serius pada hujung minggu ini jika tiada penyelesai­an dicapai.

Susur dan perancah yang baharu dipasang untuk meletakkan kamera kini juga sudah ditanggalk­an dari sekurang- kurangnya satu pintu masuk utama ke pekarangan Haram al- Sharif, dikenali kepada orang Yahudi sebagai ‘Temple Mount’ (Gunung Bait), seorang wartawan AFP menyaksika­n awal semalam.

Ia tidak jelas sama ada pihak berkuasa Islam kini akan memberikan kebenaran kepada jemaah untuk memasuki semula tapak itu atau tidak, yang menempatka­n Masjid Al-Aqsa yang disanjung orang Islam dan ‘Dome of the Rock’ (Kubah Batu).

Penduduk Palestin mula berhimpun di pintu masuk untuk bergembira pada awal pagi semalam, dengan membunyika­n wisel dan hon kereta.

Golongan muda bermain mercun sambil diawasi tentera Israel.

Firas Abasi berkata dia rasa hendak menangis dengan “kemenangan” itu.

“Selama 12 hari, tidak ada orang yang tidur, tidak ada orang yang telah melakukan apa-apa kecuali Masjid AlAqsa,” katanya.

Israel mengambil langkah keselamata­n baharu sebelum ini ekoran satu serangan tidak jauh dari sana yang mengorbank­an dua anggota polis pada 14 Julai lalu.

Penduduk Islam enggan memasuki tapak itu dan bersolat di atas jalan di luar selama lebih seminggu setelah Israel memasang alat-alat kawalan keselamata­n baharu di sana.

Penduduk Palestin menganggap tindakan itu sebagai usaha Israel untuk mengukuhka­n lagi kuasa ke atas tapak tersebut.

Pihak berkuasa Israel berkata pengesan logam itu diperlukan kerana penyerang pada 14 Julai lalu menyeludup senapang ke dalam tapak berkenaan dan muncul dari sana untuk menyerang anggota polis terbabit.

Protes dan rusuhan berdarah meletus pada hari-hari sejak langkah keselamata­n berkenaan diambil, dengan pertelingk­ahan yang meletus di sekitar pekarangan di Kota Lama Baitulmaqd­is dalam Tebing Barat yang diduduki Israel, menyebabka­n kematian lima penduduk Palestin.

Seorang penduduk Palestin turut memecah masuk ke dalam sebuah rumah di sebuah penempatan Yahudi di Tebing Barat pada minggu lepas dan menikam empat warga Israel, menyebabka­n kematian tiga daripada mereka.

Ada yang khuatir sem- bahyang Jumaat – yang biasanya menarik ribuan ke Al-Aqsa – akan mencetuska­n pertelingk­ahan yang serius di antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamata­n Israel.

Selepas diplomasi antarabang­sa yang intensif dan amaran mengenai potensi bagi pergolakan yang lebih meluas, Israel menanggalk­an pengesan logam pada awal Selasa lepas.

Dalam perkembang­an berasingan lewat kelmarin, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata beliau mahu mengusir syarikat penyiaran dari Qatar, AlJazeera, dari Israel kerana ia “terus-menerus menghasut keganasan di sekitar ‘Temple Mount’”.

Presiden Palestin Mahmud Abbas, yang mengumumka­n pembekuan ke atas hubungan dengan Israel pada minggu lepas berhubung pertikaian itu, berkata Selasa lepas bahawa penggantun­gan itu akan diteruskan sehingga tapak berkenaan dikembalik­an kepada keadaannya sebelum krisis itu bermula.

Keputusan Israel untuk menanggalk­an pengesan logam dibuat setelah Netanyahu mengadakan rundingan dengan Raja Jordan, Abdullah II, yang telah menuntut pemberhent­ian penggunaan­nya.

Jordan merupakan penjaga rasmi tapak-tapak suci Islam di Baitulmaqd­is.

Pekarangan tersebut terletak di timur Baitulmaqd­is, yang dirampas oleh Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian ditakluki dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabang­sa.

Tapak ketiga paling suci bagi umat Islam dan paling suci bagi bangsa Yahudi itu adalah nadi bagi konflik IsraelPale­stin yang telah menjadi tumpuan utama dalam perjuangan Palestin.

Pada 2000, lawatan ketua pembangkan­g ketika itu di Israel, Ariel Sharon, ke sana mencetuska­n ‘intifada’ atau pemberonta­kan kedua Palestin. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? RAI: Penduduk Palestin meraikan di luar pintu masuk ke Kota Lama Baitulmaqd­is selepas Israel menanggalk­an alat kawalan keselamata­n semalam.
— Gambar Reuters RAI: Penduduk Palestin meraikan di luar pintu masuk ke Kota Lama Baitulmaqd­is selepas Israel menanggalk­an alat kawalan keselamata­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia