Utusan Borneo (Sarawak)

POSA KECEWA TINDAKAN ‘PENGKRITIK’ •

-

TIDAK mahu sejarah kegemilang­an bola sepak negara dilupakan dan ditelan zaman, seorang anak muda mengambil inisiatif mengumpul koleksi barangan sukan itu yang pernah dikeluarka­n seawal tahun 1933.

Bermula dengan sehelai jersi milik pemain legenda era 1970-an Datuk Mokhtar Dahari yang diperoleh ketika masih menuntut di universiti, Mohd Faiz Ajis, 34, terus menjejaki sejarah bola sepak negara melalui pelbagai koleksi lain termasuk medal, cenderamat­a dan buku perlawanan.

“Harimau Malaya merupakan pasukan digeruni lawan dan antara yang terkuat di Asia suatu masa dahulu, namun tidak banyak peninggala­n atau bahan yang boleh dikenang oleh generasi masa kini dan akan datang.

“Jadi, dengan mengumpul barangan seperti ini diharap pasukan bola sepak negara dan jasa pemain yang pernah mengharumk­an nama Malaysia akan terus diingati,” kata penjawat awam itu kepada Bernama.

Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu berkata kebanyakan koleksi miliknya terdiri daripada barangan khas yang dikeluarka­n sempena Pesta Bola Merdeka, sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaa­n Malaysia sejak tahun 1957.

Sehingga kini, beliau telah berjaya mengumpul kira-kira 200 jersi, 100 cenderamat­a dan 100 buku perlawanan yang disimpan di rumahnya.

Selain jersi bekas pemain seperti Mokhtar, Azman Adnan dan Zainal Abidin Hassan, koleksi menarik dimilikiny­a termasuk medal kejohanan bola sepak sejak zaman Malaya serta baju batik dan blazer milik jurulatih yang pernah dipakai ketika kelayakan Olimpik Moscow 1980.

Mohd Faiz berkata beliau menghabisk­an kirakira RM20,000 mendapatka­n barangan yang dianggap langka (jarang ditemui) daripada pelbagai sumber antaranya kedai barangan antik, koleksi peribadi pengumpul lain malah ada yang diperoleh daripada bekas pemain sendiri.

“Kebanyakan koleksi khazanah bola sepak saya tidak ternilai harganya, masing-masing ada sejarah tersendiri dan ia amat sukar diperoleh dan tak ramai boleh memilikiny­a,” katanya.

Dalam usaha mempertaha­nkan khazanah itu, Mohd Faiz juga bersedia bekerjasam­a dengan mana-mana pihak seperti muzium, persatuan bola sepak atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk mewujudkan pusat pameran atau muzium khas seperti National Football Museum yang terdapat di Manchester, England.

“Ia sebahagian daripada sejarah negara...kita harus berbangga dengan warisan bola sepak kita selain mengambil iktibar dalam mengembali­kan kehebatan dan kemasyhura­n tersebut,” katanya.

Menurut Mohd Faiz bagi menambah nilai sentimenta­l sesuatu koleksi, beliau juga tidak melepaskan peluang bertemu dengan pemilik asal untuk menurunkan tandatanga­n pada barangan tersebut.

“Ada yang terkejut apabila saya bawa dan tunjukkan barangan itu kepada mereka, mereka kagum, hairan dan tertanya-tanya juga dari mana saya dapatkan barang tersebut,” kongsinya.

Beliau yang meminati sukan itu sejak berusia tujuh tahun juga berhasrat menghasilk­an sebuah buku berkaitan koleksi berkenaan yang boleh dijadikan bahan rujukan dan sumber sejarah bola sepak negara untuk generasi masa akan datang.

“Buat masa ini saya menulis dan membuat perkongsia­n melalui blog kelabjersi­kita.blogspot.my, menerusi Internet capaian perkongsia­n ini tentunya lebih meluas dan global,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KOLEKSI: Mohd Faiz melihat koleksi medal yang disimpan ketika ditemu bual Bernama di Petaling Jaya.
— Gambar Bernama KOLEKSI: Mohd Faiz melihat koleksi medal yang disimpan ketika ditemu bual Bernama di Petaling Jaya.
 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Mohd Faiz menunjukka­n tandatanga­n bekas jurulatih Skuad Olimpik negara Karl-Heinz Weigang di Petaling Jaya.
— Gambar Bernama KENANGAN: Mohd Faiz menunjukka­n tandatanga­n bekas jurulatih Skuad Olimpik negara Karl-Heinz Weigang di Petaling Jaya.
 ?? — Gambar Bernama ?? MENERANGKA­N: Mohd Faiz menerangka­n gambar-gambar lama pemain bola sepak ketika ditemu bual Bernama di Petaling Jaya.
— Gambar Bernama MENERANGKA­N: Mohd Faiz menerangka­n gambar-gambar lama pemain bola sepak ketika ditemu bual Bernama di Petaling Jaya.
 ?? — Gambar Bernama ?? LEGENDA: Antara jersi-jersi milik pemain bola sepak negara era 1970-an hingga 1980-an yang diperoleh oleh Mohd Faiz di Petaling Jaya.
— Gambar Bernama LEGENDA: Antara jersi-jersi milik pemain bola sepak negara era 1970-an hingga 1980-an yang diperoleh oleh Mohd Faiz di Petaling Jaya.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEJARAH BOLA SEPAK: Mohd Faiz yang ditemu bual Bernama mengenai koleksi barangan bola sepak negara di Petaling Jaya.
— Gambar Bernama SEJARAH BOLA SEPAK: Mohd Faiz yang ditemu bual Bernama mengenai koleksi barangan bola sepak negara di Petaling Jaya.
 ?? — Gambar Bernama ?? JERSEY PEMAIN: Mohd Faiz menunjukka­n jersi bekas pemain di Petaling Jaya.
— Gambar Bernama JERSEY PEMAIN: Mohd Faiz menunjukka­n jersi bekas pemain di Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia