Utusan Borneo (Sarawak)

Lana Del Rey kembali dengan album terbaru ‘Lust for Life’

-

PENYANYI Lana Del Rey muncul dalam dunia muzik sebagai seseorang yang sentiasa menghantui fikiran. Dia dilahirkan untuk mati (‘Born to Die’), dalam kata-kata albumnya yang berjaya, dan kegelapan meresapi bunyi dan pandangan dunianya.

Lima tahun selepas ‘Born to Die’, penyanyi prolifik itu baru-baru ini keluar dengan album label utamanya yang keempat, dengan tajuk – ‘Lust for Life’ – yang seakan-akan menunjukka­n pandangan dunia yang sebaliknya.

Namun bagi penyanyi berusia 32 tahun itu, kesedihan dan kegembiraa­n saling berkait rapat. Dalam ‘Lust for Life’, dia menikmati keseronoka­n dunia tetapi pada waktu yang sama rasa disumpah oleh sifatnya yang fana.

Del Rey membawa album itu menerusi suaranya yang dapat dikenali dengan cepat, mengah dan menggoda namun bergema dengan bunyi Nancy Sinatra.

‘Lust for Life’ menggunaka­n gaya sinematik Del Rey yang utama, melankolik dengan aura Hollywood klasik, namun album itu turut menunjukka­n sentuhan keyakinan hip-hop – paling ketara dalam penampilan lancar oleh penyanyi rap A$AP Rocky.

Lagu tajuk album – tiada kaitan dengan klasik ikon punk Iggy Pop ‘Lust for Life’ – membawa masuk superstar R&B yang baharu The Weeknd, yang dalam suara falsetto yang merdu kadang-kadang mencapai julat yang lebih tinggi daripada Del Rey.

Walaupun lagu itu meraikan kehidupan, ia bermula dengan rujukan gelap kepada pembunuhan diri di Hollywood sebelum menemui kegembiraa­n pada saat ini.

“Take off / Take off all your clothes,” (Buka / Buka semua baju anda) Del Rey berlagu sementara The Weeknd bernyanyi, “They say only the good die young / That just ain’t right.” (Mereka kata hanya orang baik mati muda / Itu tidak betul sama sekali).

Del Rey bergabung dengan nama utama lain dalam album itu. Stevie Nicks, suaranya yang serak-serak basah melengkapi suara Del Rey dengan halus, menyertain­ya untuk ‘Beautiful People, Beautiful Problems’, manakala Sean Lennon membawa kecantikan yang lembut kepada ‘Tomorrow Never Came’. - Aktivisme menerusi kehibaan -

Jika ‘Lust for Life’ pada umumnya setia kepada bunyi yang diasah oleh Del Rey, penyanyi kelahiran New York itu melangkah ke dalam alam baharu apabila dia bercakap, dengan caranya sendiri, mengenai politik.

Del Rey bukanlah seorang penyanyi protes. Namun dia menjadi suara yang khususnya berkesan dalam usaha mengubah bunyi yang pilu menjadi renungan mengenai Amerika Donald Trump.

Dalam lagu ‘God Bless America - And All Beautiful Women In It’, kesuraman Del Rey memberi laluan kepada keceriaan apabila dia menemui solidariti dalam himpunan wanita yang menunjuk perasaan beramai-ramai ekoran pemilihan Trump yang mengejutka­n.

“May you stand proud and strong / Like Lady Liberty, shining all night long,” Del Rey berlagu. (Semoga kamu berdiri dengan bangga dan tabah /Seperti Lady Liberty, yang bersinar sepanjang malam).

Del Rey yang biasanya berwajah masam sekali lagi amat optimis apabila dia menjangkau sejarah dalam ‘When the World Was at War We Kept Dancing’.

“Is it the end of an era? Is it the end of America? No, it’s only the beginning. If we hold on to hope, we will have a happy ending,” dia bernyanyi. (Adakah ia penghujung satu era? Adakah ia penghujung Amerika? Tidak, ia hanya permulaan. Jika kita terus berpaut pada harapan, kita akan mempunyai penamat yang menggembir­akan). Dalam satu temu ramah baru-baru ini dengan Elle UK, Del Rey berkata ia adalah mustahil pada waktu sekarang untuk lari dari politik: “Ia pasti pelik untuk membuat rekod sejak 18 bulan yang lalu dan tidak komen.” Namun gaya liriknya lebih kerap menampilka­n kesepian berbanding komuniti. Penyanyi yang mendapat lagu popular awal dengan ‘Summertime Sadness’ kembali ke alam yang sama dalam ‘Summer Bummer’, manakala ‘13 Beaches’ menceritak­an tentang kesukarann­ya untuk mencari tempat sunyi di pantai jauh dari paparazi. Del Rey menutup album itu dengan ‘Get Free’, satu renungan mengenai pertembung­an di antara kesuraman dengan usahanya untuk mendekati dunia. “Sometimes it feels like I’ve got a war in my mind,” dia bernyanyi. “I want to get off, but I keep riding the ride.” (Kadangkada­ng ia rasa seperti ada peperangan dalam mindaku / Aku mahu turun tetapi aku terus menaiki tunggangan). — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia