Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri pertahanan Jepun letak jawatan

Gara-gara skandal pengendali­an dokumen tentera

-

TOKYO: Menteri pertahanan Jepun yang konservati­f meletak jawatan semalam berhubung satu skandal yang sudah lama berlaku melibatkan pengendali­an dokumen tentera, dalam tamparan politik penting kepada Perdana Menteri Shinzo Abe.

Abe, yang menyaksika­n populariti beliau menjunam sejak beberapa minggu lalu berhubung kontrovers­i termasuk dakwaan beliau menunjukka­n sikap berat sebelah kepada seorang rakan dalam satu perjanjian perniagaan, segera memohon maaf kepada negara berhubung drama itu.

“Saya rasa amat bertanggun­gjawab,” kata Tomomi Inada pada sidang akhbar di mana beliau mengumumka­n peletakann­ya.

Beliau menganggap hasil siasatan kementeria­n dalam negeri yang mendapati beberapa pegawai bertindak tidak sewajarnya “amat dikesali”.

Inada juga berkata beliau akan memulangka­n gaji sebulan, walaupun siasatan mendapati beliau tidak terlibat secara langsung dalam skandal itu.

Ketua kakitangan Pasukan Pertahanan Darat Jepun, atau angkatan tentera, turut meletak jawatan, sama seperti penjawat awam berpangkat paling tinggi dalam kementeria­n pertahanan.

Abe berkata Menteri Luar Fumio Kishid juga akan berkhidmat sebagai ketua pertahanan sementara sehingga pengganti Inada dilantik.

Perubahan dalam lingkungan tertinggi pertahanan Jepun berlaku ketika negara itu dalam keadaan berjagajag­a berhubung pelancaran misil Korea Utara selanjutny­a.

Inada, tempat Abe mengadu dan turut berkongsi pandangan nasionalis yang kuat, dilantik menjadi menteri pertahanan pada Ogos 2016, waktu beliau disebut-sebut sebagai pemimpin masa depan yang berpotensi.

Namun pembabitan­nya selama hampir setahun telah dicorakkan oleh kontrovers­i demi kontrovers­i, termasuk kritikan terhadap cara kementeria­nnya mengendali­kan laporan log yang difailkan oleh anggota pengaman Jepun di Sudan Selatan yang menunjukka­n keselamata­n yang semakin buruk.

Anggota tentera terbabit, sebahagian daripada misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kembali ke Jepun pada Mei selepas lima tahun.

Abe, yang menjadi perdana menteri buat kali kedua pada Disember 2012 dengan janji untuk menghidupk­an ekonomi Jepun, telah mengalami skandal dan kesilapan yang melibatkan ahli- ahli Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah negara.

“Saya memohon maaf dari lubuk hati saya kepada rakyat bagi situasi ini di mana seorang menteri meletak jawatan,” kata Abe kepada pemberita selepas peletakan itu.

“Semua tanggungja­wab terletak pada saya, perdana menteri, dalam pelantikan menteri kabinet,” kata Abe, yang menambah beliau “mesti menerima dengan serius kritikan rakyat yang teruk”.

Perdana menteri pada minggu ini mengelak pertanyaan pembangkan­g dalam Parlimen berhubung dakwaan tentang sikap pilih kasih dalam satu perjanjian perniagaan, satu tuduhan yang beliau nafikan sekerasker­asnya.

Sokongan rakyat kepada kerajaanny­a sudah menurun dengan ketara pada musim panas, dan pengundi menghukum LDP dalam pilihan raya tempatan di Tokyo pada awal bulan ini.

Parti itu mengalami kekalahan yang teruk dalam undian bagi dewan perbandara­n Tokyo sehingga media dan penganalis­is menanggapi persepsi yang semakin meningkat mengenai “kebongkaka­n” pada pihak kerajaanny­a.

Ia kehilangan lebih setengah kerusinya, dan keputusann­ya dilihat sebagai pengukur bagi sentimen politik kebangsaan.

Abe dilaporkan akan merombak kabinet pada minggu depan dengan usaha untuk mengukuhka­n semula kerajaan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Kyodo/Reuters ?? LETAK JAWATAN: Inada (tengah) dikerumuni pemberita setibanya di Kementeria­n Pertahanan di Tokyo, kelmarin.
— Gambar Kyodo/Reuters LETAK JAWATAN: Inada (tengah) dikerumuni pemberita setibanya di Kementeria­n Pertahanan di Tokyo, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia