Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang mangsa kemalangan kendiri meninggal dunia

-

SIBU: Seorang daripada dua mangsa terlibat kemalangan kendiri di Lorong 4, Jalan Langsat di sini Selasa lalu meninggal dunia di Hospital Sibu pagi semalam.

Dalam kemalangan jam 10.30 malam itu, kereta kedua-dua mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pagar konkrit sebuah rumah.

Pemandu kereta terbabit patah kaki dan pendarahan di kepala, manakala penumpang luka di leher serta kedua-dua mata digegaskan oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu ke Hospital Sibu untuk mendapatka­n rawatan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, penumpang kereta terbabit disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu jam 8.45 pagi semalam.

Sementara itu, dalam kes berasingan dua lelaki terbabit kemalangan di Jalan Ulu Oya dekat sini digegaskan ke Hospital Sibu sekitar jam 7.15 malam kelmarin.

Menurut saksi, remaja lelaki, 20, menunggang motosikal melanggar skuter ditunggang oleh lelaki, 40-an, dari belakang.

Akibat impak pelanggara­n keduadua mangsa terhumban dari motosikal mereka.

Remaja terbabit cedera di muka dan lutut manakala lelaki mengalami luka di kedua-dua tapak tangan dan perut.

Dalam satu lagi kes, seorang suri rumah, 51, patah tangan kanan dan cedera ringan di muka selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Merdeka di sini semalam.

Menurut maklumat, mangsa menaiki motosikal bersama suaminya menuju ke arah pusat bandar apabila mereka dilanggar sebuah kereta jam 9 pagi semalam.

Mangsa dihantar ke Hospital Sibu dengan menaiki ambulans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia