Utusan Borneo (Sarawak)

Berkat hubungan baik kerajaan M’sia, Arab Saudi

Pertambaha­n kuota membolehka­n lebih ramai umat Islam terpilih tunai haji tahun ini: Awang Tengah

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Pertambaha­n kuota jemaah haji dari Malaysia tahun ini hasil kerjasama dan hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dengan adanya pertambaha­n kuota tersebut tahun ini membolehka­n umat Islam terpilih menunaikan fardu haji.

“Pertambaha­n jumlah jemaah haji ini tahun ini adalah berkat kerjasama kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

“Ini membolehka­n lebih ramai bakal jemaah haji terpilih untuk menunaikan Rukun Islam kelima,” katanya pada perjumpaan bersama bakal jemaah haji di Pejabat LAKHIL Lawas di

Pertambaha­n jumlah jemaah haji ini tahun ini adalah berkat kerjasama kerajaan Malaysia dan Arab Saudi. Ini membolehka­n lebih ramai bakal jemaah haji terpilih untuk menunaikan Rukun Islam kelima. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

sini, semalam.

Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan dan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu turut menasihati jemaah haji agar sentiasa menjaga kesihatan diri, khususnya ketika berdepan cuaca yang agak panas sekarang.

“Jemaah haji juga diingat agar menjaga kesihatan diri, minum air secukupnya, dan jika berdepan masalah kesihatan berjumpa dengan doktor dan pakar kesihatan,” tambahnya.

Awang Tengah berkata, Tabung Haji (TH) mempunyai rekod cemerlang dan diiktiraf terbaik dalam pengurusan haji di dunia.

“Kemudahan yang disediakan agak banyak selain aspek perubatan, khidmat nasihat, ceramah, makanan dan perkhidmat­an lain,” ujarnya lagi.

Selain kesihatan diri, mereka juga diingat sentiasa peka terhadap aspek keselamata­n dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan TH termasuk keluar secara berkumpu- lan terutama selepas kerja pembesaran Masjidil Haram dilakukan.

Awang Tengah mahu mereka menjaga nama baik negara selain memanfaatk­an peluang menjejakka­n kaki ke Tanah Suci untuk mengerjaka­n ibadah sepenuhnya dan mendapat haji mabrur.

Seramai 17 bakal jemaah dari Lawas akan mengerjaka­n Rukun Islam kelima tahun ini.

 ??  ?? TERPILIH: Awang Tengah (lima kiri) bersama bakal jemaah haji Lawas yang terpilih untuk mengerjaka­n haji tahun ini.
TERPILIH: Awang Tengah (lima kiri) bersama bakal jemaah haji Lawas yang terpilih untuk mengerjaka­n haji tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia