Utusan Borneo (Sarawak)

Ceramah kesedaran rabies JKNS guna pelbagai bahasa hari ini

-

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) akan mengadakan ceramah kesedaran awam mengenai wabak rabies hari ini melibatkan lima kawasan merangkumi pelbagai bahasa.

Antaranya di gelanggang bola keranjang SJK ( C) Batu 10 diadakan pada jam 7.30 malam yang dikendali menggunaka­n bahasa Mandarin manakala di Dewan Masyarakat di Kampung Semaba akan menggunaka­n bahasa Bidayuh yang juga dimulakan pada jam 7.30 malam.

“Ceramah kesedaran awam itu juga diadakan di Dewan Masjid Al Abyad di Kampung Matang pada jam 7.30 malam menggunaka­n bahasa Melayu sementara ceramah diadakan di TJ Delight Eating Place juga diadakan jam 7.30 malam mengguna bahasa Inggeris.

“Sementara ceramah kesedaran awam menggunaka­n bahasa Iban akan diadakan di Tabuan Dayak dan tempat serta jam akan dimaklumka­n,” menurut kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Ceramah kesedaran awam itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri ( JPBNS) dipengerus­ikan bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di pejabat beliau Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu JPBNS semalam turut menafikan dakwaan Masjid Darul Abidin di Jalan Astana yang menerima kenyataan daripada Jabatan Kesihatan Negeri bahawa Petra Jaya diisytihar­kan sebagai kawasan jangkitan rabies.

Menurut kenyataan sekretaria­t JPBNS penyebaran maklumat berkenaan melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.

“Berhubung dengan laporan telah disebarkan melalui WhatsApp hari ini (semalam) mengatakan Masjid Darul Abidin, Jalan Astana mengumumka­n kenyataan JKNS bahawa Petra Jaya telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies tidak benar,” menurut sekretaria­t.

Semalam, mesyuarat penyelaras­an JPBN dipengerus­ikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Luar Bandar) Datu Jaul Samion merangkap Timbalan Pengerusi JPBN Sarawak diadakan dengan memanggil semua residen, pegawai daerah, majlis daerah, Jabatan Pendidikan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, ATM dan PDRM dari Bahagian Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching.

Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk membincang­kan pengurusan wabak rabies dengan mengadakan kawasan penampan (buffer zone) dan program kesedaran awam kepada orang ramai bermula dari bahagian Sarikei hingga bahagian Kuching.

“Selain itu, semua pegawai daerah melibatkan ketua masyarakat dan ketua kamum dalam mengekang penularan wabak ini.

“Ia memberi pendidikan kepada masyarakat di semua bahagian di Sarawak melibatkan ketua masyarakat dan ketua kaum, pihak berkuasa tempatan, sekolah dan penduduk kampung kawasan berisiko tinggi dan kawasan yang belum diisytihar­kan sebagai wabak.

“Ia juga mengaktifk­an jawatankua­sa induk pengurusan bencana bahagian dan daerah selain membuat persampela­n anjing di semua kawasan seluruh Sarawak,” kata sekretaria­t.

Semalam, sebanyak 477 anjing telah divaksin dan menjadikan jumlah haiwan kesayangan telah divaksin setakat ini adalah 18,764 yang terdiri daripada 11,124 anjing, 7,595 kucing dan 45 haiwan lain.

Program pelalian wabak rabies secara besar-besaran akan diadakan pada hari ini di Gelanggang Bola Keranjang, 57 Lorong Arang 15C4, Everbright Estate di sini dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Sementara itu Jabatan Kesihatan Negeri memaklumka­n bahawa sebanyak 59 kes gigitan telah dilaporkan setakat semalam, di mana bahagian Sarikei 16 kes dan bahagian Kuching 43 kes.

Ia menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku sejak 1 April 2017 hingga semalam berjumlah 1,075 kes dengan 29 kes gigitan telah dimulakan suntikan vaksinasi anti rabies pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 652 kes.

 ??  ?? MESYUARAT: Jaul (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat bersama wakil residen, pegawai daerah, pihak berkuasa tempatan serta ketua kaum dan ketua masyarakat di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
MESYUARAT: Jaul (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat bersama wakil residen, pegawai daerah, pihak berkuasa tempatan serta ketua kaum dan ketua masyarakat di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
 ??  ?? KESEDARAN: Dr Sim (tengah) semasa mempengeru­sikan mesyuarat mengenai wabak rabies memutuskan untuk mengendali­kan ceramah awam diadakan di lima tempat dengan pelbagai bahasa, semalam.
KESEDARAN: Dr Sim (tengah) semasa mempengeru­sikan mesyuarat mengenai wabak rabies memutuskan untuk mengendali­kan ceramah awam diadakan di lima tempat dengan pelbagai bahasa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia