Utusan Borneo (Sarawak)

SABERKAS disaran lebih aktif gerak belia

Ia bagi memperkasa belia Sarawak, termasuk dalam keusahawan­an: Dr Abdul Rahman

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Ahli Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di semua 82 cawangan seluruh negeri disaran lebih aktif menggerakk­an belia di kawasan masing-masing berkecimpu­ng bidang tertentu.

Setiausaha Agung SABERKAS Negeri, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata ia bagi memperkasa peranan beliabelia di Sarawak pada masa akan datang termasuk dalam bidang keusahawan­an.

“Matlamat kita mahu melahirkan belia berkaliber untuk negeri maka kita menyaranka­n kepada ahli- ahli semua cawangan SABERKAS agar menggerakk­an ahli mereka lebih aktif.

“Malah, kita juga mengesyork­an mereka bergabung sesama cawangan dengan berkongsi ilmu serta kemahiran antara satu sama lain,” katanya Program Sumbangan Amal SABERKAS dan Ekspo Mini Kediaman Rumah di-

Matlamat kita mahu melahirkan belia berkaliber untuk negeri maka kita menyaranka­n kepada ahli-ahli semua cawangan SABERKAS agar menggerakk­an ahli mereka lebih aktif.

hadiri Pengerusi SABERKAS Kota Sentosa, Jamex Voon selaku pengerusi pengelola dan Naib Pengerusi SABERKAS Pantai Damai, Asfa Saleh di sini semalam.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) itu berkata, misalnya ahli-ahli SABERKAS Pantai Damai dicadang bergabung dengan SABERKAS Kota Sentosa melalui aktiviti seperti perkongsia­n ilmu dalam keusahawan­an.

“Ahli- ahli SABERKAS Pantai Damai boleh meng- ambil contoh daripada rakan kita di cawangan Kota Sentosa khasnya bidang keusahawan­an dan kita tahu kebanyakan ahli mereka memang terlibat dengan perniagaan.

“Mereka boleh bergabung tenaga berkongsi idea dan pengalaman dan ini selaras dengan hasrat kita mahu melahirkan lebih ramai usahawan belia terutama kalangan ahli SABERKAS,” katanya sambil menambah ini termasuk perniagaan atas talian.

Beliau berkata, begitu juga ketua-ketua kaum dan masyarakat di kawasan masing-masing diminta memberi kerjasama mengenal pasti belia berpotensi dalam bidang usahawan.

Mengulas mengenai program itu, Dr Rahman berkata beliau berharap diteruskan masa akan datang bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Saya akan mengemukak­an cadangan kepada pengurusan Mydin nanti agar program ini diadakan setiap tahun pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada pengurusan Mydin kerana menyokong program itu pastinya memberi manfaat selain meningkatk­an sosioekono­mi masyarakat setempat.

Katanya, Mydin bukan sahaja menyediaka­n venue untuk acara-acara tertentu tetapi bekerjasam­a dari segi meng-adakan program berbentuk komuniti.

Dr Abdul Rahman Junaidi Setiausaha Agung SABERKAS Negeri

 ??  ?? AMAL: Dr Abdul Rahman (tiga kanan) menyampaik­an keperluan perabot asas kepada penerima terpilih sambil disaksikan Voon (dua kanan) dan Asfa (tiga kiri) serta ahli SABERKAS.
AMAL: Dr Abdul Rahman (tiga kanan) menyampaik­an keperluan perabot asas kepada penerima terpilih sambil disaksikan Voon (dua kanan) dan Asfa (tiga kiri) serta ahli SABERKAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia