Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dipelawa berkunjung ke Program Sumbangan Amal SABERKAS

-

MIRI: Tiga sahabat masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap dua tuduhan memiliki pasport kepunyaan dua invividu lain.

Azizul Haimen Ajis dari Pujut Tanjung Batu 1C, Kymil Suhaimie Sulaiman Ng dari Kampung Pengkalan, Lutong dan Hasrina Abdul Rani dari Desa Pujut, Permyjaya di sini telah didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan pertama, ketiga- tiga tertuduh tanpa kuasa yang sah ada memiliki satu pasport Malaysia yang dikeluarka­n untuk kegunaan Low Boon Choing, 22.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.15 petang, 12 Julai lalu di tepi jalan terminal bas Pujut Corner di sini.

Manakala dalam tuduhan kedua, mereka telah didakwa melakukan kesalahan sama dengan memiliki satu pasport Malaysia kepunyaan Djufatihah Ajis.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka pada masa dan di tempat yang sama.

Setelah mendengar pengakuan tidak salah ketiga-tiga tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 2 Ogos depan untuk pengurusan kes. KUCHING: Orang ramai dipelawa berkunjung ke Program Sumbangan Amal Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan Ekspo Mini Kediaman Rumah di Pasar Raya Besar Mydin Bandar Baru Samariang di sini.

Bermula semalam hingga Ahad ini, selain pameran pelbagai agensi dan syarikat berkaitan juga diisi dengan aktiviti seperti bengkel, demonstras­i serta pertanding­an mewarna bagi kanakkanak.

Malah, pengunjung juga boleh mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan percuma turut disediakan serta dihiburkan dengan persembaha­n kebudayaan dan muzik.

Pengerusi SABERKAS Cawangan Kota Sentosa merangkap pengerusi pengelola, Jamex Voon berkata sepanjang acara tiga hari itu penganjur menjemput syarikat perabot bereputasi mempamerka­n produk- produk mereka.

Selain itu, turut diadakan penyampaia­n sumbangan kepada 10 keluarga kurang berkemampu­an terpilih menerima barangan asas yang disumbangk­an penaja.

“Objektif program diadakan untuk membantu mereka memerlukan keperluan asas perabot, menawarkan peluang kepada komuniti tempatan mengetahui keadaan kesihatan mereka.

“Kita juga mahu meningkatk­an dan memupuk se- mangat kesenian dan lukisan kalangan kanak- kanak,” katanya pada Majlis Perasmian Program Sumbangan Amal SABERKAS dan Ekspo Mini Kediaman Rumah disempurna­kan Menteri Muda Utiliti ( Bekalan Elektrik) yang juga Setiausaha Agung SABERKAS Negeri, Dr Abdul Rahman Junaidi di sini semalam.

Program anjuran bersama SABERKAS Kota Sentosa dan SABERKAS Pantai Damai serta disokong Mydin dan syarikat-syarikat penaja lain.

Beliau berkata, program itu adalah julung kalinya diadakan SABERKAS dan diharap menjadi contoh kepada SABERKAS cawangan lain di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia