Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU pergiat operasi tangkap anjing terbiar

-

KUCHING: Pasukan Menangkap Anjing Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mempergiat operasi penangkapa­n anjing terbiar secara besar-besaran di kawasan tadbiran majlis sebagai pendekatan prihatin terhadap wabak rabies atau penyakit anjing gila.

DBKU dalam satu kenyataan media di sini semalam berkata, dua pasukan terdiri daripada lapan anggota itu turut diminta untuk menjalanka­n operasi yang sama di kawasan Serian, Tebedu, Siburan , Batu 10 dan Semeba dalam operasi bersepadu bermula 14 Julai lalu.

Kenyataan itu turut menyebut, melalui operasi bersepadu tersebut sebanyak 90 tangkapan telah dibuat oleh DBKU.

“Setakat 26 Julai di kawasan DBKU sendiri, 85 tangkapan telah dibuat. Operasi akan diteruskan bagi memastikan penularan wabak rabies terkawal,” tambah kenyataan berkenaan.

Pada masa yang sama, DBKU turut meminta masyarakat memain peranan supaya peka dengan keadaan sekeliling.

“Sebagai langkah berjagajag­a, elak memegang haiwan terbiar. Bagi mengelakka­n kawasan kejiranan didatangi anjing terbiar, jangan memberi makanan kepada anjing atau kucing terbiar.

“Ini termasuk menjaga kebersihan kawasan kejiranan kerana kawasan kotor dengan sampah-sarap dan sisa makanan akan menarik perhatian anjing atau kucing terbiar yang mencari makanan,” katanya.

DBKU turut mengingatk­an pemilik anjing dan kucing peliharaan supaya memastikan haiwan itu berada dalam kawasan rumah bagi mengelak jangkitan rabies termasuk memastikan haiwan peliharaan mendapat suntikan vaksin antirabies.

Rabies menimbulka­n kebimbanga­n kalangan masyarakat seluruh Sarawak berikutan penularan wabak baru-baru ini.

Rabies merupakan virus akut yang dikesan pada anjing atau kucing dan kebanyakan berlaku di beberapa negara seluruh dunia.

Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan terutama anjing dan kucing yang boleh berjangkit melalui gigitan dan air liur terkena bahagian luka yang terdedah.

Sekiranya seseorang digigit anjing, dinasihatk­an terus merawat dengan kadar segera bagi mengelakka­n jangkitan rabies.

Segeralah membasuh luka dengan sabun, air dan menyapu iodin di tempat gigitan atau luka tersebut.

Mangsa gigitan segera dihantar ke klinik atau hospital berhampira­n bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

Patuhi arahan doktor sekiranya diperlukan suntikan vaksin antirabies mengikut jadual suntikan.

Terdapat beberapa simptom boleh dikesan untuk mengetahui anjing dijangkit rabies.

Antaranya haiwan tersebut takut air, takut cahaya, takut suara, air liur berlebihan, gelisah dan agresif, menyendiri, menggigit apa sahaja yang terdapat di sekitarnya dan terdapat ekor ditekuk antara kedua-dua kaki belakang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia