Utusan Borneo (Sarawak)

30 anggota polis tamat latihan LSF, antara persiapan awal hadapi PRU

-

KUCHING: Seramai 30 anggota polis yang bertugas di beberapa balai polis di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menamatkan latihan dalam perkhidmat­an Light Strike Force ( LSF) bermula 14 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, latihan tersebut dijalankan di Balai Polis Tabuan Jaya dan Kampung Trombol, Padawan, dan dikendalik­an oleh lapan jurulatih termasuk seorang pegawai polis.

Menurutnya, latihan tersebut juga sebagai persediaan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja.

“Latihan ini perlu kerana seperti yang kita ketahui, Kuching adalah daerah yang terbesar di negeri ini dan kita mahu anggota kita dilengkapi dengan kemahiran- kemahiran agar dapat menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Selain itu, latihan ini juga adalah antara langkah awal kita untuk meletakkan anggota kita sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi PRU yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja,” katanya kepada pemberita semalam.

Terdahulu semalam, Abang Ahmad menyempurn­akan majlis penutupan latihan tersebut di pekarangan IPD Kuching, di sini.

Bercakap mengenai latihan sepanjang program tersebut, katanya, ia merangkumi latihan penggunaan bom asap, cara menangani rusuhan, pertahanan seksyen dan kenderaan, tatacara menyerang dan tatacara halangan.

“Amat perlu bagi kita sentiasa memantapka­n ilmu pengetahua­n kepolisan dari semasa ke semasa kerana tahap profesiona­lisme hanya dapat dipertingk­atkan melalui latihan berterusan,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Superinten­den Abang Junaidi Abang Anuar dan Superinten­den Ismail Mahmood serta beberapa pegawai kanan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia