Utusan Borneo (Sarawak)

SEB tambah kios pembayaran di kaunter perkhidmat­an pelanggan

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad ( SEB) menempatka­n lebih banyak kios pembayaran di kaunter perkhidmat­an pelanggan utama seluruh negeri untuk kemudahan pelanggan. Sejak mula diperkenal Mac tahun ini hanya terdapat empat kios sahaja terletak di Kuching dan Sibu.

Namun kini terdapat tambahan 15 kios telah ditempatka­n di kaunter khidmat pelanggan utama di seluruh negeri.

“Langkah untuk menambah lebih banyak bilangan kios merupakan usaha berterusan pihak SEB bagi memudah pelanggan membuat pembayaran,” katanya.

Jelasnya, kios tersebut berupaya menerima bayaran bil elektrik secara sulung atau berbilang (sehingga lima bil) bagi setiap transaksi dan deposit cagaran dengan wang tunai, cek dan debit atau kad kredit yang dikeluar bank Malaysia.

Ia juga disepaduka­n sistem pengurusan pelanggan sedia ada SEB membolehka­n pelanggan mendapatka­n maklumat bil dengan segera di kios dengan mengimbas kod bar atau memasuk nombor akaun kontrak.

Dengan pertambaha­n perkhidmat­an kios pembayaran yang dipasang, SEB telah menyaksika­n penguranga­n yang signifikan bagi pelanggan beratur kebanyakan kaunter utama sebanyak 21.8 peratus.

Selain berjaya mengalihka­n 32.4 peratus pelanggan untuk datang terus dan membuat pembayaran bil elektrik mereka secara terus ke kios pembayaran.

Kios tersebut bagaimanap­un, hanya menerima bil Syarikat SESCo Berhad. Untuk maklumat lanjut, sila log masuk ke www.sarawakene­rgy.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan Sarawak Energy di 1300883111 atau customerca­re@ sarawakene­rgy.com.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia