Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia, LJM kerjasama bangun pendidikan kejurutera­an

-

MIRI: Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) dan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) baru-baru ini memeterai perjanjian persefaham­an bagi bekerjasam­a membangunk­an pendidikan kejurutera­an dan profesion seterusnya memantapka­n pembanguna­n sosioekono­mi di Malaysia.

Majlis menandatan­gani MoU itu diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuching yang telah disaksi Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg manakala Curtin Malaysia diwakili ProNaib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Profesor Jim Mienczakow­ski dan Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Sains Ir. Profesor lau Hieng Ho.

Hadir sama Pro-Canselor dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan Ahli Majlis Curtin Malaysia, Datuk Hatta Solhi.

Manakala LJM diwakili Presidenny­a, Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha dan ahli lembaga lain.

Objektif utama MoU ini ialah kedua-dua pihak bersetuju membantu pendaftara­n graduan jurutera Curtin Malaysia dengan LJM. Program kejurutera­an Curtin ditawarkan di Curtin Malaysia dan diiktiraf LJM dan jurutera Australia.

Pada majlis tersebut, turut diumumkan Curtin Malaysia akan menerima RM10,000 selama lima tahun daripada LJM untuk diberikan kepada graduan jurutera yang cemerlang semasa majlis bergraduan.

Profesor Mienczakow­ski berkata, Curtin Malaysia berbangga dapat melahirkan kira-kira 300 graduan dalam pelbagai bidang kejurutera­an dan lepasan graduan dilengkapi kemahiran industri dan bersedia bekerja dengan LJM.

“Kerajaan menyasarka­n seorang jurutera untuk setiap 100 rakyat Malaysia, kita optimis dapat membantu kerajaan mencapai sasaran ini dengan adanya kerjasama seumpama ini,” katanya.

Selain Curtin Malaysia, LJM turut memeterai MoU dengan tiga universiti iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), University College of Technology Sarawak ( UCTS) dan Swinburne University of Technology Sarawak Campus.

 ??  ?? KONGSI KEPINTARAN: Profesor Mienczakow­ski dan Dr Roslan bertukar-tukar dokumen sambil disaksikan Abang Johari dan yang lain.
KONGSI KEPINTARAN: Profesor Mienczakow­ski dan Dr Roslan bertukar-tukar dokumen sambil disaksikan Abang Johari dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia